Helikopter~ helikopter~
Korang yang selalu main TikTok mesti tahu lagu ni kan? Mana taknya, ramai juga yang guna sound effect ni untuk video diorang…
Namun, baru-baru ini, terdapat satu kejadian di Sabah yang menyebabkan ia menjadi bualan hangat antara warganet di media sosial terutamanya di Twitter kerana video ini dikongsikan oleh @DailyExpress_MY.
Kejadian yang memaparkan seorang pengawal keselamatan bertindak untuk memusing biawak dengan gaya helikopter sebelum mencampak haiwan itu ke jalan raya menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.
Ini kerana, ada segelintir yang mengatakan bahawa perbuatan tersebut agak ganas dan tidak patutnya dilakukan ke atas haiwan tersebut walaupun niatnya adalah untuk menghalau.
“Itu cara terbaik untuk elak daripada digigit” – Netizen
Tetapi ada juga yang menyokong aksi pengawal keselamatan itu kerana bila dilihatkan dengan sifat biawak yang ganas dan mudah menggigit, gaya pusing tersebut boleh dikatakan cara yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada digigit.
Orang ramai turut memberi replies di akaun Twitter tersebut dengan menyatakan bahawa perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana biawak mempunyai tekstur kulit yang tebal dan ianya tidak akan mengganggu cara hidupnya.
“They easily survived since dinosaur age. They’re literally dinosaur just like crocodile. Swing is needed to make sure the biawak won’t bite the guard, he could lose fingers and limbs. Poisonous too” – Balas netizen di Twitter
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila terserempak dengan haiwan liar seperti biawak kerana ianya boleh mengundang bahaya sekiranya haiwan tersebut rasa terancam dan boleh bertindak di luar kawalan.
Haa. jangan pulak korang nak marahkan pak guard tu… Dia dah cukup berani tau untuk halau biawak tu… Terbaik lah pakcik!
Baca: [VIDEO] Kreatif! Pemuda Layan Kehendak Pelanggan Ingin ‘Roti Telur Biawak’