in

[Video] Pencuri Cuba ‘Rembat’ Superbike Tapi Tak Reti Hidupkan, Akhirnya Acah ‘Sopan’ Tutup Balik Pagar

Ft Curi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian kecurian motosikal bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah Indonesia juga tidak terkecuali. Trend mencuri motosikal ini semakin hari semakin ‘daring’ apabila pencuri ini bukan setakat berani mencuri motosikal yang diparkir di rumah mangsa, malah di waktu siang hari juga.


Dia ingat dia invisible ke orang tak nampak?

Seperti sebuah klip video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @queenfabio28 ini, terdapat dua orang pencuri yang ‘melucukan’ berjaya dirakam sedang memecah masuk sebuah rumah untuk mencuri sebuah motosikal.

 

Nak curi superbike, siang hari pulak tu

Apa yang tak masuk akal, mereka bukan sahaja berani untuk cuba mencuri sebuah superbike yang diparkir di halaman rumah si mangsa, malah lebih berani pula melakukan perbuatan tersebut pada siang hari!

Kejadian yang dipercayai berlaku di indonesia pada 19 Disember lepas berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah berkenaan. Seorang lelaki dilihat sedang membuka pintu pagar secara berhati-hati, manakala seorang lagi rakannya pula sedang menunggu di atas sebuah motosikal di luar pagar.

Feat 1

 

Tak tahu nak hidupkan enjin

Walau bagaimanapun, usahanya itu menemui kegagalan apabila dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menghidupkan enjin motosikal berkuasa besar itu. Apa yang lebih menggelikan hati, dia juga dilihat gigih berpusing-pusing keliling motosikal tersebut dan mencuba pelbagai trick untuk menghidupkannya termasuklah membelek ‘body’ motosikal tersebut ke kiri dan ke kanan.

Feat Curi

Aduhai, ‘cita-cita’ dah besar, otak kecik pulak. 

Mungkin keletihan dengan usahanya yang sia-sia itu, suspek yang masih memakai topi keledar itu akhirnya berputus asa dan beredar dari situ meninggalkan hasil ‘rembatannya’ yang tidak kesampaian.

Alhamdullilah untungnya tu maling bego!!

 

Siap ‘sopan-santun’ tutup balik pintu pagar

Namun adegan lucu itu tidak terhenti di situ, suspek sekali lagi membuat netizen terhibur apabila dia kelihatan ‘bersopan-santun’ pula dengan menutup kembali pintu pagar rumah si mangsa dengan cermat sebelum beredar dari situ.

Feat Tutup

Tenang je pencuri ni, kalau pencuri lain dah lintang-pukang lari. 

Klip video yang tular ini berjaya meraih sehingga lebih daripada 700,000 tontonan! Rata-rata netizen meluahkan komen-komen yang lucu dan berjenaka dengan nasib ‘malang’ si pencuri. Ada pula yang mempersoalkan tahun kelahiran pencuri itu yang nampak gayanya masih tidak tahu caranya untuk menghidupkan enjin superbike.

@queenfabio28

Alhamdulillah untungnya tu maling bego?!!

♬ terimakasih emak terimakasi abah – tir

Baca: “Sihat tubuh badan, tapi malas kerja” – Cubaan Untuk Curi Motosikal Gagal Bila ‘Owner’ Datang

Baca Moto 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.