Bila kita scroll media sosial, pasti kita akan lihat macam-macam kerenah dan jenis perkongsian yang dibuat.
Baru-baru ini, ada satu video dari aplikasi TikTok telah menarik perhatian orang ramai dimana seorang pemuda menayang wang tunai ‘berkepuk’ ketika ingin membuat servis dekat kereta mewahnya.
“Servis Lambo bayar cash, wow”
Dalam video berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan pemuda tersebut berada di bengkel kereta untuk ‘betulkan’ kereta Lamborghini miliknya.
Dikatakan, ia memakan kos sehingga RM 58,200 dan terpapar dalam video itu dia membayarnya dalam bentuk wang tunai. Video ini viral sebelum dikongsikan semula di Twitter.
Di Twitter pula, ia menjadi perhatian netizen kerana telah mengundang pertikaian dimana rata-rata daripada mereka ada syak sesuatu, dalam masa yang sama, ada juga yang menyebelahinya. Berikut adalah komen-komen yang diberikan…..
Ada yang mencurigakan disini – Netizen
Ada netizen yang anggap bahawa dia ada melakukan urus niaga lain, malah ramai yang pelik dengan tindakannya yang menggunakan kaedah tunai berbanding atas talian yang jauh lebih mudah.
Mungkin apa yang dia buat ni sebab nak tunjukkan hasil usaha dia kot, husnuzon je lah.
Baca : “Tuhan bayar cash” – [Video] Pencuri Kereta Akhirnya Terbabas Junam Dalam Longkang