in

“Tuhan bayar cash” – [Video] Pencuri Kereta Akhirnya Terbabas Junam Dalam Longkang

Featured Image 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu insiden kecurian kereta telah dilaporkan berlaku di sebuah pasar raya Batu Pahat, Johor. Cubaan dua pencuri yang ingin meloloskan diri akhirnya membawa padah apabila kereta yang dipandu itu terbabas masuk dalam longkang.


Menerusi laporan Harian Metro, kegiatan mereka ini telah dikesan oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut lalu mereka terus mengejarnya.

Video kejadian situasi tersebut telah dimuat naik oleh seorang warga Facebook yang dipercayai salah seorang yang menjadi saksi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, orang awam terpaksa mengejar suspek sejauh lapan kilometer sebelum kenderaan mereka hilang kawalan lalu melanggar pokok dan terhumban ke dalam longkang. 

Difahamkan,kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan. Pihak polis berterima kasih atas kerjasama daripada masyarakat dalam membantu pihak berkuasa mencegah jenayah,”Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim

Memang mandi dengan air longkang, tuhan nak tunjuk tu sekelip mata je..

 

Baca: “Pencuri ambik masa 20 minit je” – Honda CRV Milik Lelaki Ini Dicuri Dekat Parking Mall

Annotation 2020 06 09 164931

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.