in

Video : Pekerja Kurier Lempar Bungkusan Dengan Membabi Buta Untuk Bekerja Lebih Cepat Kerana Banyak Order

Packageft 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara korang bershopping sakan secara online masa PKP ni kan? Min sendiri ada beli, pasti ada segelintir daripada parcel yang korang dapat tu akan kemek ataupun rosak sikit kan? Mungkin persoalan dalam minda korang selama ni yang anggap salah seller terjawab bila dah tengok video ni.


Dalam video yang dikongsikan oleh Oriental Daily ini, dilihat pekerja perkhidmatan kurier melempar pakej dan parcel secara cuai untuk melancarkan proses kerja mereka.

Oleh kerana perkhidmatan kurier tidak menggunakan penggunaan mesin automatik, pekerja terpaksa bekerja sepanjang waktu untuk memenuhi kenaikan tempahan perkhidmatan kurier yang mendadak secara tiba-tiba.

Video ringkas berdurasi 27 saat menunjukkan mereka sedang lempar banyak parcel dan kotak secara membabi buta ke dalam trak penghantaran tanpa memikir kandungan dalam bungkusan itu.

Sumber tanpa bernama dari dalam syarikat mengatakan bahawa setelah syarikat itu mulai menghadapi lonjakan hingga 40,000 bungkusan sehari, mereka harus bekerja lebih cepat untuk memenuhi permintaan.

Mereka juga menunjukkan bahawa ini adalah ‘layanan biasa’. Pada masa ini, syarikat kurier yang berkenaan belum dikenal pasti.

Baca : “Staff kerja setengah mati!” -Parcel Sampai 600,000 Sehari, Netizen Geram Poslaju Tak Bagi Bonus Untuk Posmen

Pos2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.