in

[VIDEO] Pak Guard Selamba Tegur Entiti Tengah Tengok TV Dalam Klinik Kerajaan

Ada Pontianak Dalam Klinik Kerajaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang makhluk halus seperti pontianak, pocong, hantu dan sebagainya, mesti ramai yang mula seram sejuk dan takut jika mereka terserempak dengan entiti-entiti ini.


Walau bagaimanapun, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan atau ‘pak guard’ untuk berhadapan dengan makhluk ini ketika bertugas di waktu malam.

Hantu tengok TV dalam klinik di tengah malam? 

Menerusi perkongsian satu video di TikTok, seorang pak guard didakwa telah merakam satu kelibat yang dilihat sedang khusyuk menonton televisyen di dalam sebuah klinik kerajaan pada tengah malam.

Video itu memaparkan pengawal keselamatan berkenaan dilihat menyuluh ke dalam ruang menunggu klinik kerajaan yang didakwa baru dibuka di Perlis.

Kemudian kelihatan kelibat entiti tersebut yang didakwa pontianak sedang duduk di kerusi sambil melihat TV yang terpasang di ruang berkenaan.

@malaysianupdatenews

Video ini dirakam seorang pak guard sebuah klinik kerajaan di Perlis Indera Kayangan yang baru dibuka. Menurut empunya cerita, dia ternampak peti TV terpasang di ruang menunggu klinik berkenaan ketika sedang membuat rondaan. Rupa-rupanya ada penonton.. Tengok cerita apa tu kak? ? #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #videoviral #trending ?Nak iklan murah? Terus klik link di profile

♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh

Satgi tutup TV balik nah, assalamualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. 

“Oh tengok TV, takpa sat lagi tutup balik TV. Pandai dia… Mai sorang ka tu? Takpa sat lagi tutup balik TV,” tegur pak guard berkenaan.

“Appointment pukul 8 pagi, 2 pagi dia mai dah” 

Video berkenaan ternyata mendapat perhatian netizen yang tabik dengan keberanian pakcik pengawal keselamatan itu dengan selamba menegur entiti tersebut.

Malah ramai juga berseloroh kemungkinan besar entiti tersebut sedang menunggu nombor gilirannya yang belum dipanggil.

Klinik

Power betul pakcik tu eh. Kalau min dah lintang pukang lari! 

Baca: Ramai Kongsi Pengalaman Waze Kena ‘Hack’ Dengan Hantu, Bawa Jalan Ke Kubur

K

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.