in

[Video] Pemandu Mabuk Cari Gaduh, Tunjuk Jari Tengah Dekat Pegawai DBKL Lepas Dihalang Pandu Laju

Mabuk2

Seorang lelaki berusia lingkungan 50 an membuat satu provokasi apabila dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku kira-kiria jam 6 petang, 7 November 2020, pihak penguatkuasa DBKL melihat kereta kenderaan jenis SUV putih yang dipandu oleh lelaki itu bergitu laju serta melulu dalam kawasan Pasar Borong KL.

 

Tunjuk jari tengah

123793353 363630114867853 8349912626146282883 N

Sebagai langkah pencegahan  petugas Penguatkuasa pada petang mengekori dan mendapati seorang lelaki itu mabuk.

Ketika lelaki tersebut menyedari dia telah dirakam oleh salah seorang petugas, lelaki mabuk itu jadi bertambah marah dan menunjukkan  menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) kepada Penguatkuasa.

Lelaki itu dikenakan kompaun kesalahan Undang Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002, Seksyen 23 (1)(c) atas kesalahan menghalang atau menganggu lalu lintas kenderaan di Pasar Borong tersebut. Lapor Info Roadbloack JPJ/POLIS.

Dalam video itu dilihat seorang wanita cuba menahannya daripada melakukan sebarang tindakan kepada pihak Penguatkuasa.

MEMPROVOKASI DAN MENUNJUKKAN JARI TENGAH TERHADAP PENGUATKUASA JPK DBKL YANG SEDANG MENJALANKAN TUGAS.Sekitar jam 6…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, November 8, 2020

Walaubagaimanapun, tiada sebarang bentuk kecederaan berlaku, hanya provokasi daripada lelaki  tersebut, petugas Penguatkuasa kembali menjalankan tugas tugas yang lain selepas kejadian itu.

 

Baca : “7 hari mana cukup” – 9 Pemandu Mabuk Didakwa Bawah Akta Pindaan Baharu, Dikenakan Hukuman Penjara 7 Hari

Pemandum