in

[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Wanita Jadi ‘Ibu Sementara’ Jaga Bayi Positif Covid-19 Di Wad

Untitled Design 2022 03 04T181321.924

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap yang bergelar ibu pasti akan ada sebuah naluri keibuan yang biasanya lebih peka dengan keadaan sekeliling, terutama sekali apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak kecil.


Sebuah video telah viral di laman sosial TikTok dimana seorang ibu dilihat menukar lampin dan mendodoikan seorang bayi yang sedang di dalam wad bersamanya.

@azrah_zaza

Ni bukan bby i,tp ddk 1 ward dgn bby i,positif covid and masih xtau mcm mna keadaan ibu bby ni,xpe la bby,ibu tlg jagakan bby ye sementara ni ye

♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Rupa-rupanya, bayi itu bukanlah anaknya tetapi bayi itu merupakan pesakit Covid-19 yang sedang diwadkan di tempat yang sama dengan wanita itu bersama seorang anaknya.

Lebih meruntun hati, dalam video yang dimuat naik oleh @azrah_zaza itu menceritakan bagaimana bayi itu menangis kerana terpaksa diwadkan berseorangan.

Dalam laporan Harian Metro, difahamkan wanita itu membantu menukar lampin pakai buang bagi meredakan bayi yang sedang menangis itu, sementara menunggu jururawat sampai dan dia juga berkata dia terpaksa menukar lampin bayi itu kerana anaknya turut menangis apabila terdengar bayi itu menangis.

Perbuatan keibuannya itu mengundang perasaan sebak daripada netizen.

Untitled Design 2022 03 04T180610.889

Dalam videonya yang lain, wanita itu juga berkongsi yang dia cuma sempat menjaga bayi itu selama satu malam sahaja.

@azrah_zaza

pukol 3 pagi,sambil tdo kan ank sendiri,sambil pujuk bby lain ❤️ ibu will miss you baby,walaupon sehari ja ibu tolong jagakan awak

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Semoga Tuhan sentiasa merahmati ibu ini…

Baca: [VIDEO] Ambil Untung 20 Sen Je, Pak Cik Jual Bahulu Ini Buat Ramai Sebak

Untitled Design 2022 03 04T180950.865

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.