in

[VIDEO] Ambil Untung 20 Sen Je, Pak Cik Jual Bahulu Ini Buat Ramai Sebak

Fi Bahulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan pandemik yang melanda sepanjang hampir tiga tahun ini, sudah pastinya ramai yang terkesan dengan keadaan yang berlaku.


Ada yang kehilangan sumber pendapatan serta perniagaan merudum dan mengalami kerugian sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Seperti perkongsian di TikTok ini, keadaan pak cik ini yang terpaksa menjual bahulu di tepi jalan telah membuat ramai sebak.

@cuirasu

YaAllah teringat dekat Arwah Abah. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki Pakcik nie. Tolong la korang belajar bersyukur & pleasee tolong pakcik nie. ? #fyp

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menurut perkongsian daripada @cuirasu ini, seorang pak cik yang bernama Hairudin telah membuat ramai yang sebak apabila melihatnya menjual bahulu di kawasan berhadapan Petron dan Petronas Bukit Beruntung, Selangor.

Dia yang berusia 76 tahun ini dipercayai menjual bahulu di kawasan tersebut pada sekitar 6 pagi sehingga 2 petang. Apa yang membuatkan ramai sebak dengan pak cik ini ialah dia hanya mengambil untung sebanyak 20 sen sahaja daripada jualan bahulunya itu!

Menurut orang ramai di ruangan komen, katanya Pak Cik Hairudin ini dah lama menjual di situ sejak sebelum pandemik lagi. Dia memang dikenali kerana menjual bahulu tanpa mengambil untung yang banyak.

Komen Bahulu

Setelah video ini mendapat perhatian daripada para netizen, ramai yang telah bersimpati dan memberi bantuan kepada Pak Cik Hairudin sekeluarga.

@cuirasu

Reply to @cuirasu Alhamdulillah. Terima Kasih YaAllah izinkan kami jumpa Pakcik Hairudin. Selesai jalankan Amanah Rakyat Malaysia. Terima Kasih semua yang membantu. #AndaLuarBiasa #fyp

♬ Wajah by Jaclyn Victor – Cuira Su

Alhamdulillah…masih ramai yang berhati mulia sanggup bantu pak cik ni tak kira yang dekat atau pun yang berada jauh daripada kawasan jualan bahulunya. Semoga pak cik ini dipermudahkan urusannya…

Baca: [VIDEO] Pakcik Ditinggal Anak? – Social Experiment Ni Buka Mata Rakyat Malaysia Tentang Realiti Masyarakat

Baca Bahulu

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.