in

[VIDEO] Netizen Pertikai Tak Boleh Rentas Negeri, Polis Kongsi Kisah Bayi Meninggal Masa Nak Shopping Raya

Fi Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan peningkatan kes positif Covid-19, kerajaan baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa aktiviti merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali.


Ternyata kenyataan telah membuatkan rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati kerana kecewa tak dapat pulang ke kampung sempena hari raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi.

 

Dedah kisah bayi meninggal dunia

Baru-baru ini, seorang polis tampil di aplikasi TikTok bagi menjawab segala rintihan yang disuarakan orang ramai berkenaan larangan rentas negeri ini.

Dia berkongsikan tentang kisah yang pernah dilaluinya, sepasang suami isteri yang membawa anak mereka yang masih bayi untuk beli barang kelengkapan raya.

Namun anak kecil berumur 3 tahun tersebut secara tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri. Lalu mereka hubungi ambulan, namun sedihnya apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurutnya lagi, puncanya adalah kerana bayi tersebut suspek Covid-19. Dia menambah bahawa kita tak tahu siapa yang bergejala, jadinya bila dibawa ke tempat yang ramai dan sesak akan mendedahkan bayi tersebut kepada bahaya. Tambahan pula, antibodi bayi masih lagi lemah untuk tahan kepada perkara sebegini.

Posting melalui akaun @bapaknsuamiorang tersebut telah menaik perhatian ramai orang kerana sehingga kini ia telah mencecah lebih dari 1 juta views.

@bapaknsuami0rang

Reply to @_mizan14

♬ original sound – Bapak&SuamiOrang – Bapak&SuamiOrang

 

“Ramai lagi degil masalahnya”

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen kerana ada yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan. Tapi ada juga yang menyifatkan semua ini datang pada diri sendiri kerana masih degil walaupun dah diingatkan berulang kali.

Reak Polis 1 Edit

Reak Guard 2 Edit 1

Reak Polis 3 Edit

Reak Polis 4 Edit

Min minta tolong sangat-sangat dekat korang yang baca untuk ikut je SOP ditetapkan. Mungkin ada yang anggap biasa tapi kesan dia kita tak tahu dan siapa yang akan kena nanti.

 

Baca : “Parent ni tengah bersedih, jagalah tutur kata” – Lagi Kes Bayi Meninggal, Netizen Sekolahkan Ibu Bapa Mangsa

Foot Polis

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.