in

[VIDEO] Netizen Kecam Gadis Tepuk Tangan Ayah Positif Covid-19, Ini Cerita Sebenar Yang Berlaku

Cats 101

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila disahkan diri dijangkiti virus Covid-19 yang semakin merebak ini, seseorang itu mesti risau dan bimbang dengan kesihatan mereka dan orang sekeliling yang jadi kontak rapat. Kalau dah sembuh sekalipun, kesan akibat jangkitan virus itu masih mempengaruhi kesihatan seseorang.


Tapi, berbeza pula dengan situasi gadis ini apabila dia dikatakan gembira siap tepuk tangan bila dapat tahu ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Biar betul dia ni? Lain macam.

 

Bangga siap tepuk tangan

Video ‘gembira’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama sasorikageyoshi semalam menunjukkan video screen record selama satu minit daripada InstaStory gadis tersebut.

Video tersebut memperlihatkan bapa gadis tersebut sedang membuat swab test di dalam kereta secara pandu lalu selepas mereka satu keluarga disyaki dijangkiti Covid-19.

“Kami semua suspek Covid-19 gais, aku tak tahu nak suka atau menangis dah ni.”

Selepas mendapat makluman tentang hasil swab test mereka yang positif, gadis ini seolah-olah meraikan berita tersebut dengan bersorak dan bertepuk tangan sambil merakam reaksi ibu bapanya yang duduk di bahagian belakang.

 

Netizen bengang

Melihat ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen kecam perbuatan gadis tersebut kerana bengang dengan sikapnya yang seolah-olah menganggap wabak ini sebagai suatu perkara yang boleh dibuat main.

Photo6172185243977624420

Photo6172185243977624419

Siap ada yang mempersoalkan kenapa perlu upload dekat sosial media kalau tujuan video tersebut hanya untuk menceriakan ayahnya.

 

Dia cuma nak pujuk ayah

Kecaman hebat yang diterima daripada netizen membuatkan gadis ini terpaksa ‘buka mulut’ dan cerita perkara sebenar.

Photo6172185243977624418 1

Sebenarnya, InstaStory yang menunjukkan reaksi gembira gadis itu dibuat bertujuan untuk menceriakan ayahnya selepas beberapa kali dia pujuk ayah dia untuk buat swab test. Dia juga mohon maaf kepada semua pihak sekiranya InstaStory dia itu membuatkan ramai yang tersinggung.

Mungkin dia cuma berniat baik untuk tak nak bagi ayah dia risau dan sedih sangat, sebab itu dia cuba tunjukkan reaksi gembira dan positif. Sama-sama kita doakan ahli keuarga gadis ini sembuh dari virus ini. Amin…

 

Sumber: sasorikageyoshi

Baca: Tiga Minggu Selepas Adakan ‘;Wedding of The Year’ , Atta Halilintar Disahkan Positif Covid-19 Buat Kali Kedua

Capture 79

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.