in

[Video] Mencurigakan! Park Kereta Sambil Hidupkan Enjin, Kereta Alza Lari Sampai Langgar Anggota Polis Bila Disuruh Keluar

Polis4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial berkenaan dengan video tindakan pemandu kereta Alza yang memandu secara melulu kerana cuba ingin lari daripada polis, pasangan muda berumur 19 dan 20 tahun ini telah ditangkap.


 

Pukul 3 pagi park kereta, enjin hidup

Kejadian berlaku sekitar jam 3 awal pagi tadi,  sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi menemui sebuah kereta Perodua Alza sedang parking dan berada dalam keadaan mencurigakan, enjin dibiarkan hidup berhampiran McDonald’s Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Anggota terlibat menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam kereta serta mengetuk cermin kereta tersebut, lapor Sumber.

Mereka mendekati kenderaan untuk pemeriksaan dan diarahkan keluar tetapi pemandu enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri.

Namun begitu, lelaki yang berada di dalam kereta tersebut terus memandu dengan bertindak melanggar motorsikal serta anggota yang berada di hadapan kereta tersebut.

Maklumat awal diterima sebuah kenderaan Perodua Alza mengcurigakan sedang parking berhampiran McDonald's Bandar Baru…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 9, 2021

Ekoran itu seorang anggota yang berada di hadapan kereta itu terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

Susulan dengan insiden tersebut, anggota yang terlibat telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan.

Biarpun suspek berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek.

159005967 1839422002902168 8736393458412734531 N

Disebabkan itu, pihak Polis IPD Kajang telah berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan perempuan Melayu yang terlibat dalam kejadian ini.

Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan akan dibuat di Mahkamah Bandar Baru Bangi p bagi tujuan siasatan lanjut.

 

Baca : “Kalau nampak waktu malam ni…” – Lain Daripada Lain, Lelaki Ini Guna Seluar Jeans Beku Untuk ‘Cop’ Tempat ‘Parking’

Jeans

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.