Kalau di Malaysia, macam-macam cara kita pernah nampak orang buat untuk ‘cop’ tempat parking. Ada yang guna kon trafik lah, kerusi lah, tapi, ada juga yang sanggup berdiri di petak parking. Tapi, korang janganlah berdiri kat petak parking sebab nak cop. Salah di sisi undang-undang tau.
Tapi di Chicago, Amerika Syarikat, seorang lelaki menggunakan cara lain untuk ‘cop’ tempat parking dengan menggunakan sepasang seluar jeans yang dibekukan.
Menurut Block Club Chicago, tindakan ‘cop’ tempat letak kereta merupakan amalan yang biasa di Chicago. Difahamkan, di kawasan itu juga, penduduk setempat selalu menggunakan kon trafik dan kerusi untuk menandakan tempat parking.
Idea unik yang dilakukan Adam Selzer ini menggunakan seluar jeans beku sebagai penanda tempat parking dilapor menggabungkan dua perkara paling dibincangkan warganet tempatan iaitu mencari benda apa yang boleh dibekukan dalam cuaca sejuk dan mengambil gambar objek pelik yang digunakan untuk ‘cop’ tempat parking.
Berkongsi idea unik yang dilakukannya itu di Twitter, Selzer berkata cara untuk melakukannya amat mudah iaitu hanya perlu basahkan seluar jeans dan biarkan di luar rumah.
“Dalam masa 20 minit, anda dah boleh membuatkannya berdiri apabila seluar dah mula mengeras,” katanya.
Perkongsian Selzer itu telah mendapat perhatian warganet di negara itu yang rata-ratanya terhibur dengan idea berkenaan.
Sementara itu, Selzer dalam satu temu bual bersama CBS Chicago mendedahkan dia mahu mencuba untuk membekukan baju pula selepas ini.
Kreatif idea dia ni. Tapi, kalau orang tak tahu boleh terkejut kalau ternampak waktu malam.
Sumber: Block Club Chicago, CBS Chicago
Baca: Siapa Berdiri Cop Petak Parking Untuk Orang Lain Boleh Kena Penjara Setahun! Tau Tak?