in

[VIDEO] Lelaki Terkejut Punggung Diraba Golongan Sejenis Di Tandas MRT Sungai Buloh

Page Raba

Kes gangguan seksual ni boleh dikatakan masih lagi kerap berlaku setiap hari terutamanya di kalangan wanita. Sebab tu, sampai ke hari ni, ramai yang minta orang untuk sentiasa hati-hati di tempat yang mencurigakan.

Walau bagaimanapun, kaum Adam juga tak terkecuali untuk menjadi mangsa kes gangguan seksual ini yang dilihatkan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Macam satu perkongsian di TikTok yang dibuat menerusi akaun @iamhaikalaiman, mendedahkan bahawa dirinya telah diganggu secara seksual di sebuah tandas di stesen MRT Sungai Buloh.

Tiktok 1

Lebih mengejutkan bahawa gangguan tersebut bukannya dibuat oleh wanita namun dari lelaki warganegara Bangladesh yang difahamkan dengan selamba meraba seluruh bahagian punggungnya!

“Dia boleh raba sambil tersenyum”

Lelaki yang dikenali sebagai Haikal itu juga memuat naik video sambungan untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sepanjang kejadian tersebut dengan mengatakan bahawa pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Masa tu I kat singki untuk basuh tangan, then this one guy ni ada kat sebelah. Tapi masa tu I pakai earphone so nampak macam dia tengah bercakap, then I bukak earphone tu” – Jelas Haikal

@iamhaikalaiman

Reply to @iamhaikalaiman here the details be safe guys #fyp #foryou #foryoupage #fypage #xyzbca #ootd

♬ original sound – iamhaikalaiman – iamhaikalaiman

Sebaik saja berbual, lelaki warganegara Bangladesh itu meraba bahagian punggungnya sambil tersenyum malah siap memuji bentuk tubuhnya dengan mengatakan ianya ‘very nice’ menyebabkan Haikal terdiam kerana terkejut dengan tindakan itu.

“Rupanya orang lain pernah kena, dah buat laporan”

Pun begitu, Haikal segera bergegas keluar dari tandas sebelum ianya menjadi lebih teruk dan katanya lagi, dia segera melakukan laporan kepada pihak polis tentang perkara itu kerana dipercayai ramai juga yang pernah mengalami kes yang sama.

Mrt 1

Di hujung video itu juga, Haikal mengatakan bahawa dia menunggu maklum balas dari pihak polis tentang siasatan lanjut tentang kes tersebut dan meminta agar orang ramai untuk lebih berhati-hati walaupun berada di kawasan umum.

Korang kalau rasa nak lebih selamat, ajaklah kawan teman pergi mana-mana okay?

Baca: KL, Selangor & Johor Catat Kes Gangguan Seksual Paling Tinggi Di Malaysia!

Untitled 3 1

Sumber: TikTok