Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Jepun telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah, lelaki tersebut dilihat memakai pakaian sut pejabat yang lengkap semasa dia melakukan aktiviti pendakian tersebut.
In case you missed it this Japanese guy climbed Mount Kinabalu in a three-piece suit.
In this video he explains why he did it. pic.twitter.com/DIgGijuhBF
— Lancelot 🌺 (@lancelot_se) March 23, 2023
Setelah video itu tular di media sosial, ramai netizen yang terpukau dengan penampilan lelaki Jepun dan ada juga yang kagum dengan kegigihan lelaki itu yang memakai sut lengkap serta berkasut kulit untuk mendaki gunung yang tertinggi di Borneo dan Malaysia.
Walaupun dia tidak memakai pakaian biasa yang digunakan oleh pendaki-pendaki gunung lain yang berbaju sejuk dan memakai kasut hiking, namun beliau berjaya menamatkan pendakian tersebut dengan selamat.
Difahamkan lelaki Jepun yang bernama Sada Nobutaka San itu memberitahu, dia memakai pakaian tersebut kerana dipercayai dia mempunyai business meeting dan harus ke sana, lapor iloveBorneo.
“Dia cipta rekod naik gunung pakai coat” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kagum dengan tindakan lelaki tersebut mendaki gunung menggunakan kasut kulit.
Wahhh memang betul power la dia daki gunung tu!
Baca : “Kalau betul ni…” – Abang Rider ‘Hantar’ Makanan Sampai Puncak Gunung Kinabalu?