in

“Kalau betul ni…” – Abang Rider ‘Hantar’ Makanan Sampai Puncak Gunung Kinabalu?

Rider Naik Kinabalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan seorang Abang Rider berlari ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah.


Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @aameewa itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata kagum dengan kegigihan penghantar makanan itu.

@aameewa

Laju lg dia lari. Kasi fyp ba smpai jumpa owner nt ak belanja starbucks bilang ???

♬ Funny Song – Cavendish Music

“Terima kasih ‘Abang Panda’ kerana menghantar pesanan McDonald’s saya dari Tawau sehingga ke Gunung Kinabalu,” tulisnya secara berseloroh dalam kapsyen video itu.

Susulan tularnya video itu, penunggang FoodPanda terbabit menyiarkan semula video itu di TikTok miliknya @nasirsabara94.

Ketika ditanya sama ada dia benar-benar pergi ke puncak gunung untuk menghantar makanan untuk pelanggan, dia mendedahkan bahawa dia tidak bertugas ketika itu namun kerana dia juga seorang rider, maka dia mengambil peluang untuk bergambar dengan uniform serba pink itu.

@nasirsabara94

haihh Masi belum boleh moveon bha.. #mountkinabalu panalaban..#CapCut

♬ original sound – nasirsabara94 – nasirsabara94

Menurut sumber, Nasir telahpun menyiapkan dirinya untuk eksplorasi tersebut dengan berjoging setiap hari dan dia turut memberitahu ketika dia berada di laban Rata, cuaca hujan dan dengan ‘selamba’ dia membawa beg penghantaran tersebut kerana ia kalis air.

Fuh power ni bang! 

Baca: [VIDEO] ‘Rider’ Tular Tak Lari Lepas Tergesel Kereta, Fasha Sandha Jemput Datang Rumah

Ft Adik Rider Fasha Sandha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.