in

[VIDEO] Lelaki Angkat 4 Tong Gas Serentak Buat Netizen Seriau

Lelaki Angkat 4 Tong Gas Serentak Buat Netizen Seriau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau kita tengok pekerja kedai angkat tong gas mesti paling banyak pun dorang boleh angkat dalam 2 tong. Mana taknya, nak angkat 1 tong gas pun dah menggigil berat apatah lagi nak angkat dalam kuantiti yang banyak. Boleh sakit urat tau!

Bagi yang perempuan pulak, korang mesti akan minta tolong suami atau anak lelaki tolong angkatkan tong gas nak pasang dekat bawah dapur. Untuk pengetahuan korang, berat tong gas yang kosong selalunya dalam 14kg manakala berat tong gas yang ada isi dalam 15kg atau 16kg.


Baru-baru ni, seorang TikTokers @wesleyhong9999 ada memuatnaik satu video menunjukkan rakan sekerjanya tengah angkat tong gas yang berat.

@wesleyhong9999

♬ One Call Away – Charlie Puth

Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut adalah lelaki itu boleh angkat sampai 4 tong gas serentak tanpa perlukan sebarang bantuan walaupun dirinya bertubuh kecil. Fuh, padu betul!

Cara lelaki tersebut angkat keempat-empat tong gas tu adalah dengan angkat 2 tong gas sebelah kanan dan 2 tong gas lagi sebelah kiri. Walaupun tong gas tu nampak sangat berat untuk diangkat, cara lelaki ni angkat nampak macam mudah je. Kalau min mau terlentang dah!

Menerusi ruangan komen, ada sesetengah netizen yang memberi nasihat kepada lelaki ini supaya jangan rosakkan tulang belakang. Ada juga netizen seriau dengan menambah yang perbuatan lelaki ini boleh effect pinggang dan boleh alami sakit belakang yang teruk.

“Jangan rosakkan tulang belakang oiiii” – Komen netizen

“His hand are strong, but it’s hurtful for the spine” – Komen netizen

Komen Gas

Netizen juga sempat menyuruh lelaki ini supaya pakai belt yang dikhaskan untuk pinggang bagi kurangkan risiko kecederaan.

Haa..korang mampu angkat berapa tong gas?

Baca: “Lelaki Baling Sofa & Tong Gas Dari Tingkat 5 Lepas Geram Cuti Tak Diluluskan Bos”

Tong

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.