in

[VIDEO] Kento Momota Terkesima Dengan Rasa ‘Unik’ Durian, Sampai Geleng Kepala!

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun durian digelar sebagai raja buah di Malaysia dan mempunyai peminatnya yang tersendiri, harus diakui rasa unik buah ini kurang digemari oleh orang luar terutamanya dari negara barat.

Malah, pernah berlaku kejadian suatu ketika dahulu di Australia di mana seorang pekerja memanggil bomba kerana dia terhidu bau gas bocor. Hasil pemeriksaan mendapati bau tersebut hanyalah bau durian yang dibawa oleh penduduk di situ.


Kento Momota cuba makan durian

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan bintang badminton Jepun, Kento Momota mencuba makan durian di sebuah lokasi di Malaysia.

Dalam video tersebut, Momota dilihat memakai sarung tangan plastik ketika memegang isi durian. Atlet badminton ini juga cuba menghidu bau durian, namun reaksinya dilihat jelas kurang menggemari bau raja buah itu.

4 4

Sampai geleng kepala!

Ketika Momota mahu mencuba rasa isi durian buat pertama kali, dia membuat reaksi yang lucu lalu meletakkan semula isi durian tersebut di atas tisu. Mungkin kurang biasa dengan rasa unik durian?

Tidak mahu berputus asa, Momota mencuba rasa buat kali kedua. Namun hasilnya tetap sama, Momota memberi isyarat tidak mampu untuk meneruskan aksi itu sambil menggeleng kepala. Isi durian tersebut kemudiannya diletakkan semula di atas meja.

Video ini tular dan ternyata menghiburkan ramai warganet. Ada yang berpendapat buah durian sukar untuk didapati di Jepun, menyebabkan bau dan rasanya sukar untuk diterima oleh penduduk di sana.

“Mungkin belum terbiasa, di Asia Timur tak ada durian. Kalau ada pun, harganya mesti mahal”, tulis seorang warganet.

BACA: Tekanan Air Rendah Di Sik, MB Kedah Kata Siram Pokok Durian Waktu Malam Jadi Punca

Capture 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.