in

[Video] Kambing Pun Join Lumba Lari Buat Satu Geng ‘Terciduk’, Siap Tunjuk ‘Power’

Ft Kambing Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang aktiviti beriadah, sudah pasti dalam fikiran korang sudah membayangkan aktiviti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti sihat ini bukanlah sesuatu yang pelik terutama dalam kalangan anak muda.


Ramai anak muda kini memilih untuk menjalani aktiviti riadah di kawasan taman perumahan masing-masing agar tubuh badan sentiasa sihat dan kekal ‘fit’ lagi-lagi semasa musim Covid-19 ini.

Namun, ianya akan kedengaran ‘pelik’ jika aktiviti riadah itu disertai dengan perlumbaan antara sekumpulan anak muda dan juga seekor kambing.

 

Kambing nak ‘join’ beriadah

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini, aktiviti riadah sekumpulan lelaki ini bertukar lucu apabila mereka didatangi oleh seekor kambing yang seakan-akan mahu turut serta bersama-sama mereka untuk menjalani aktiviti riadah.

Klip video yang dimuat naik di laman Twitter oleh @brotherjambang itu berjaya meraih perhatian netizen yang terhibur dengan aksi lucu sekumpulan anak muda dan kambing itu ‘bijak’ itu.

Sekumpulan lelaki itu kelihatan seronok beriadah sambil menunggang basikal elektrik di sebuah kawasan taman perumahan.

Setelah itu, muncul pula kelibat ‘tetamu’ yang tidak diundang turut berlegar-legar berhampiran kawasan itu.

 

Kambing tunjuk ‘power’ 

Salah seorang remaja itu kemudiannya dilihat membuka kedua-dua belah seliparnya dan mengambil posisi seakan-akan perlumbaan lumba lari. Manakala, dua lagi rakannya bersiap sedia di atas basikal elektrik masing-masing.

Setelah mereka membuka langkah seribu, siapa sangka bahawa kambing berbulu hitam itu juga sama-sama turut serta dalam perlumbaan itu dengan ‘memecut’ laju meninggalkan mereka di belakang sekaligus dianggap sebagai pemenang pertandingan lumba lari itu.

Kejadian yang jarang-jarang berlaku ini berjaya dirakam oleh seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘pengulas’ perlumbaan ‘rare’ itu.

Rakaman video yang tular ini berjaya meraih sebanyak lebih daripada 200,000 views dan 20,000 retweets oleh pengguna media sosial.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa terhibur dengan aksi lucu kambing itu. Tak kurang juga ada yang menggelarkan kambing itu sebagai ‘cerdik’ kerana seakan-akan faham untuk memulakan larian.

 

“Kambing ni minum susu kambing ni” – Netizen

T 1

T 2

T 3

T 4

Mungkin kambing tu ingat orang nak kejar dia kot.

Baca: [Video] Lucu! ‘Acah’ Tenang Lalu Depan Anjing Liar, 1 Geng Lari Tak Cukup Tanah Bila Kena Kejar

Baca Lari

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.