in

[Video] Lucu! ‘Acah’ Tenang Lalu Depan Anjing Liar, 1 Geng Lari Tak Cukup Tanah Bila Kena Kejar

Ft Anjing Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai antara kita yang pernah melalui saat getir apabila berhadapan dengan anjing liar bukan?


Bila dah berhadapan dengan anjing ini, ada juga yang berkira-kira sama ada untuk terus buat ‘selamba’ berjalan depan anjing-anjing ini atau rela berpatah balik daripada berhadapan risiko kena kejar dengan ‘taiko’ jalanan ni.

Begitulah nasib yang menimpa sekumpulan remaja dari Indonesia ini apabila ‘cuak’ terpaksa berhadapan dengan bukan seekor anjing liar, malah sekumpulan pula tu.

Dia bawak geng gais. 

 

‘Mencicit’ lari kena kejar anjing

Video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok oleh pemilik akaun @xe.story itu menunjukkan rakan-rakannya ‘mencicit’ lari bila kena kejar anjing liar.

@linsheh

Reply to @ulfa1254 versi panjang pejuang makanan #funny #fypdongggggggg #dikejaranjing

♬ Yalla Yalla – danielOby

 

‘Acah’ tenang pada awalnya

Menerusi klip video itu, mereka dilihat sedang membawa beberapa kotak yang berisi makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Namun, berlaku situasi tidak terduga apabila mereka terpaksa pula berhadapan dengan sekumpulan anjing liar ketika sedang berjalan.

Pada awalnya, mereka kelihatan ‘acah’ tenang berjalan di hadapan anjing-anjing berkenaan kononnya tiada apa-apa untuk ditakutkan.

Feat Anjing 1

Namun, setelah anjing-anjing itu kelihatan mengekor sahaja mereka dari belakang akhirnya menyebabkan mereka semua ‘cuak’ dan lari tak cukup tanah untuk menyelamatkan diri apabila dikejar.

Kejar Anjing 0

Anjing Kejar

Apa yang lebih menghiburkan, si tukang rakam yang merupakan rakan kepada ‘mangsa kejar’ itu sempat mentertawakan aksi rakan-rakannya yang ‘jaguh’ berlari menyelamatkan diri dari pintu rumahnya.

 

“Anjing kejar, jangan lari” – Netizen

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 1 juta views. Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan situasi itu.

Ada juga yang memberi nasihat mengatakan sepatutnya mereka jangan lari nanti akan dikejar anjing. Tak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman lucu mereka sewaktu dikejar anjing.

Tik Tok Komen 1

Tik Tok Komen 2

Tik Tok Komen 3

Min kalau dah kena follow tu, takde husnuzon lagi dah. Memang pecut terus.

Baca: Semput sangat tu sampai terkeluar loghat nogori Dikejar Anjing Ketika Berbasikal, Bebelan Lelaki Ini Tarik Perhatian Baca Anjing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.