in

[VIDEO] Isteri Hamil ‘Tangkap’ Suami Curang Dengan Pegawai Bank Dekat Hotel Tempat Mereka Nikah

Kantoi4

Satu sinar buat pasangan terutamanya yang baru kahwin apabila ketahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata, logiknya si suami yang begitu teruja pastinya akan beri tumpuan kepada isteri untuk pastikan kandungan baik, apatah lagi bakal menimang cahaya mata pertama.

Pastinya si isterinya juga mahukan perhatian lebih daripada suami, namun begitu hati wanita yang dikenali sebagai @im_jesss begitu rapuh apabila mengetahui suaminya bermain kayu 3 ketika dirinya sedang hamil.

 

Curang dekat hotel tempat pasangan ini nikah, pernah ‘kantoi’ sebulan sebelum berkahwin

Menerusi akaun TikTok miliknya, kecurangan itu terbongkar di sebuah hotal, difahamkan lokasi hotel itu adalah hotel dimana wanita ini melangsungkan perkahwinan mereka.

Menurut perkongsian tersebut, si suami ini ada perempuan lain yang berkeja sebagai seorang pegawai bank.

Lebih teruk lagi, ini adalah kali kedua si suami ‘kantoi’ curang, sebelum ini pernah terbongkar pada sebulan sebelum mereka bernikah. Waktu ‘kantoi’ pada September 2020 dan nikah pada Oktober 2020.

@im_jessss

Padahal karyawan bumn tapi kelakuannya sama kaya yg di obral sale 70% aka murah saaaaay? #pelakor

♬ Kamu jelek tapi ngangenin – Mas Paijo

Bagaimanapun, kejadian ini dikhabarkan berlaku di negara jiran,  dikhabarkan, wanita (si isteri) ini sedang hamil.

Dalam video seterusnya, si isteri dikatakan telah bersemuka dengan wanita yang menjadi kekasih suaminya itu.

Empat video mengenai masalah rumah tangga mereka yang meraih lebih daripada 2 juta jumlah tontonan ini telah menarik perhatian netizen.

Ramai yang memberikan sokongan moral dan ada juga yang marah dengan sikap si suami serta geram dengan wanita tersebut.

 

Baca : Lelaki Terkejut Dapat Tahu Teman Wanita Curang Dengan Atuknya, Rupanya Anak Lelakinya itu Pakciknya!

Curang