in

Lelaki Terkejut Dapat Tahu Teman Wanita Curang Dengan Atuknya, Rupanya Anak Lelakinya itu Pakciknya!

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain ibu bapa, orang yang paling kita sayang dan percaya dah tentulah atuk dan nenek kita kan?


Samalah macam lelaki ini sehinggalah dia dapat tahu atuknya sendiri telah mengkhianati dirinya dengan membuat hubungan sulit dengan teman wanitanya.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok @stackS1400 dan videonya itu telah pun mendapat sebanyak lebih 11.5 juta tontonan.

Menurut lelaki ini, dia dapat tahu yang anak lelakinya bukan anak kandungya selepas teman wanitanya kantoi ada hubungan sulit dengan atuknya sendiri. Ini bermakna budak lelaki yang dia ingat anaknya selama ini rupanya pakciknya.

Dapat tahu anak saya tu sebenarnya pakcik saya. Atuk saya buat hubungan sulit dengan teman wanita saya selama kami tinggal dengannya.”

@stacks1400

Can’t believe I expected more from a man that had a whole other family around the corner from my granny house. #fyp #redpill #ZitHappens

♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque

Lelaki ini juga turut memberitahu yang atuknya ini memang ada sejarah pernah curang dengan neneknya dulu.

Macam tak percaya saya boleh percaya lelaki yang ada keluarga lain masa dia dengan nenek saya.”

Dalam videonya yang lain, lelaki ini menceritakan yang dia dapat tahu semua ini selepas dia check telefon kekasihnya ketika wanita itu tengah mandi dengan “anaknya”.

@stacks1400

Reply to @sportscrazee

♬ original sound – StackS1400

Tambah lelaki ini, dia menemui mesej teman wanita dan atuknya itu selama bertahun-tahun beserta gambar dan konten yang tak senonoh dikongsikan mereka.

Selain itu, lelaki ini turut memberitahu yang bapanya sendiri memang tak ada hubungan baik dengan atuknya.

Ayah saya memang tak pernah suka ayahnya. Dorang memang dah tak berhubung sejak saya remaja lagi.”

Pun begitu, lelaki malang ini tak ceritakan apa pengakhiran hubungan dia dengan atuknya atau teman wanitanya.

 

Baca: “Untuk kepentingan keluarga” – Takut Suami Curang, Isteri-isteri Di China Senyap-senyap Bagi Ubat Mati Pucuk

Screenshot 2021 06 21 At 1.57.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.