in

[VIDEO] Iqram Menangis Luah Perasaan Tertekan Lepas Dituduh Psiko Kerana Terlalu Menjiwai Watak

Collage 5

Semalam, Mona Allen telah meluahkan rasa tak puas hatinya dengan lakonan Iqram Dinzly yang dikatakan terlalu menjiwai watak sehingga mencekik lehernya sehingga sakit ketika melakonkan babak aksi dalam drama terbaharu.

Mona turut mengeluarkan kata-kata yang tak sedap didengar sehingga menuduh Iqram meroyan seperti di dalam live Instagram dan menggelarkan lelaki ini psiko.

Lepasni jangan harap nak ada scene sama-sama lagi. Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali.”

“Rasa macam nak tergantung dengan tali”

Ekoran ini, Iqram melalui Instagram telah meluahkan rasa terkilannya atas kontroversi yang diterimanya sehingga mengatakan yang dia ingin membunuh diri.

Ya Allah, kenapa kau selalu biarkan diri ini selalu dalam tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung dengan tali. ALLAHHUAKHBAR.”

Selain itu, Iqram turut mengatakan yang dia redha dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya dan menerusi temubual dengan Boom Malaysia, pelakon ini turut mengatakan yang dia tak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara ini kerana tak mahu keruhkan keadaan.

275023970 1093490704827635 8381424963565824759 N

Maaf, saya tengah tenangkan diri. Nak solat dulu kasi hilangkan panas, lepas tu chow.

“Apapun, bagi kami habiskan shooting dulu. Nanti keruh mengeruh aniaya je tak habis pula shoot.

Lagipun produksi nak kejar TX (waktu siaran) yang sekarang ni dah hampir sampai ke penghujung cerita.”

Selain itu, Iqram turut menafikan mengenai komen Caprice yang mengatakan semua ini hanyalah rancangan pihak produksi untuk viralkan drama ini.

Apa-apa pun harapnya Iqram dan Mona dapat selesaikan perkara ini secara peribadi. Biasalah berlakon bila dah terlalu menjiwai kadang-kadang memang akan ada terkuat, terlebih marah atau tersakit dekat mana-mana.

 

Baca: “Real or fake?” – Viral Isu Mona Allen Kena Cekik, Caprice Tampil Beri Komen

Fi Iqram