in

“Real or fake?”- Viral Isu Mona Allen Kena Cekik, Caprice Tampil Beri Komen

Fi Iqram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh isu Mona Allen dicekik oleh Iqram Dinzly dalam satu babak aksi semasa sesi penggambaran drama terbaharu mereka, Hati Yang Dikhianati.


Susulan kejadian tersebut, Mona Allen telah meluahkan rasa marahnya di Instagram apabila dikatakan dia dicekik terlalu kuat oleh Iqram tak seperti semasa rehearsal.

Kata Mona lagi, ia bukanlah kali pertama Iqram bertindak demikian terhadapnya. Malah setiap kali ada babak yang memerlukan adegan aksi seperti itu, dia tetap ‘kasar’ walaupun sudah berkali-kali ditegur.

“Bila orang suruh berlakon tu berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul! Method sangat.Lepasni jangan harap nak ada scene sama-sama lagi. Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali,” kata Mona Allen.

Disebabkan isu ini kecoh di media sosial semalam sehingga mendapat perhatian para netizen, ramai yang meminta Caprice memberi komen terhadap video tular itu.

Fake or Real?

Seperti biasa, menerusi laman Instagram peribadinya, Caprice telah pun memuat naik satu video pada malam semalam untuk memberi komennya terhadap isu itu.

Menerusi video tersebut, Caprice memberi pendapat peribadinya dengan mengatakan berkemungkinan isu ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak produksi semata-mata untuk viral sekaligus membuat promosi bagi drama itu.

Pun begitu, ia hanyalah pendapat peribadi Caprice sahaja…punca sebenar kejadian itu berlaku masih lagi tidak dijelaskan dari kedua-dua belah pihak.

Apapun, semoga semuanya dapat diselesaikan secara baik sebab katanya Pekin dan Iqram dah ada sesi ‘mens talk’ semalam…. 

Baca: “Mcm anj*ng menyalak, kau kata aku rosak akidah”- Ditegur Kerana Isu Sembahlah Aku, Iqram Dinzly Respon Pada PU Syed

Baca Iqram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.