in

[VIDEO] Imam Lupa Hidupkan Mikrofon Masa Solat Terawih, Nasib Bilal Perasan

Fi Imam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah masuk bulan Ramadan ni, masalah teknikal lah yang paling nak dielakkan oleh seseorang imam di masjid mahupun di surau. Kalau tak macam mana orang nak dengar alunan bacaannya nanti kan.


Masalah teknikal ni memang tak boleh kita nak elakkan. Kadang-kadang kita dah periksa banyak kali pun, masalah tu tetap boleh jadi.

Lebih kurang dengan situasi dilalui oleh seorang imam ini apabila, mikrofonnya tidak berbunyi ketika hari pertama terawih.

 

Bilal tengok je

Baru-baru ini telah tular di Instagram apabila mikrofon imam solat terawih ini tidak berfungsi.

Apa yang lagi menakutkan tu, kejadian tersebut berlaku pada malam pertama terawih Isnin lalu. Siapa je nak hari pertama ada masalah macam tu.

Imam tersebut dikenali sebagai Furqan Fawwaz yang juga merupakan penyanyi nasyid, telah mengangkat takbir tetapi kebanyakan jemaah dilihat tidak dengar laungannya itu.

Namun yang menarik perhatian, bilal masjid tersebut yang perasan dengan perkara itu terlihat seakan bingung lalu melihat ke arah Furqan dan jemaah yang lain.

Seteryunya, dia terus mendekati Furqan untuk memeriksa mikrofon tersebut. Rupa-rupanya, butang ON tidak ditekan.

Selepas selesai, barulah kedengaran suara Furqan di seluruh ruangan masjid.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram @furqanfawwaz semalam dan sehingga kini telah meraih hampir 200k views.

Nasib baiklah bilal tu perasan, kalau tak macam mana  pula jemaah lain nak dengar kan.

 

“Bilal kiriman Tuhan”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pakcik itu dan ada yang menganggap pakcik tersebut sebagai bilal kiriman tuhan. Uwaww gittuw

Reak Imam 1 Edit

Reak Imam 2 Edit

Reak Imam 3 Edit

Comel je tengok pakcik tu. Apa2 pun korang jangan lupa periksa sesuatu benda tu sebelum nak digunakan ya.

Sumber : Instagram

 

Baca : Imam digalak membaca surah pendek; Boleh Solat Tarawih & Surau Di Negeri Sembilan

Foot Imam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.