in

“Imam digalak membaca surah pendek” – Boleh Solat Tarawih & Surau Di Negeri Sembilan

Masjid 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita gembira buat warga Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)  telah membenarkan solat sunat Tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini.


Ia terkandung dalam satu garis panduang yang dikeluarkan oleh jabatan itu hari ini. Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli, berkata garis panduan itu bagi memastikan segala aktiviti sepanjang Ramadan dapat berjalan lancar dan dalam masa sama usaha menyekat penularan wabak COVID-19, tercapai.

Malah, Datuk Mohd Zaidi Ramli mengatakan bahawa  aktiviti di masjid dan surau dibenarkan dari jam 4 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Imam digalak membaca surah pendek manakala tazkirah sebelum dan sesudah solat, tidak dibenarkan.”

Katanya lagi, segala jamuan iftar, moreh dan sahur atau segala sumbangan makanan harus disediakan secara bungkusan  dan disusun atur lebih awal serta diedarkan oleh ahli jawatankuasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, lapor Berita Harian.

“Jamuan iftar dibolehkan tetapi di tempat yang disediakan dengan mematuhi penjarakan fizikal manakala aktiviti memasak untuk jamuan di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini adalah dilarang,”

Pesannya lagi, jemaah harus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama pemakaian pelitup muka, memeriksa suhu dan penggunaan cecair pembasmi kuman ketika hadir ke masjid dan surau.

 

Baca : “Masjid Negara akan memulakan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah & solat Tarawih hari ini” – JAKIM

Jakim

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.