in

[VIDEO] Dari Boroi Ke Sado, Netizen ‘Speechless’ Tengok Perubahan Ketara Shaheizy Sam

Ft Shahiziey Sado Boroi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang mengikuti perkembangan Shaheizy Sam di media sosial, pasti akan perasan dengan perubahan ketaranya tubuh badannya, Daripada kurus berubah jadi sado, malah pernah berperut buncit. Tubuh badannya ini boleh dikatakan kerap naik turun.


Boleh dikatakan, Shaheizy Sam ini ibarat Christian Bale Malaysia, pelakon yang begitu komited untuk menjaga fizikalnya bergantung kepada watak yang bakal dibawa mengikut tawaran filem.

Seperti yang kita sedia maklum, Polis Evo 3 kini baru sahaja ditayangkan di pawagam. Apa yang membuatkan netizen kagum dengan promo filem itu adalah melihat perubahan fizikal Sam yang sangat drastik.

Sam

“Hujung tu… Polis Evo 7 ke” – Netizen

Umumnya, agak mustahil untuk seseorang itu untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat melainkan kalau individu itu betul-betul gigih dan Shaheizy Sam adalah salah satunya.

Menerusi Instagram, Sam ada muat naik satu teaser video filem Polis Evo 3 untuk dibuat meme,  dia menunjukkan satu babak dirinya yang berbadan sasa sedang melakukan senaman, namun pada penghujung dilihat diri Shahiziey Sam yang berisi dan perut buncit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Ia membuatkan ramai netizen kagum sehingga ada yang bergurau bahawa mereka sangkakan bahawa video tersebut adalah teaser untuk Polis Evo yang ke 10. Malah, ada juga yang terpukau dan ingin bertanyakan tips kepadanya.

Screenshot 2023 05 29 162230 Screenshot 2023 05 29 162157 Screenshot 2023 05 29 162108

Tengok Shaheizy Sam ni rasa terinspirasi pulak…

Baca : “Takut akan beralih ke pasaran gelap” – Pakar Cadang Polisi Berbeza Pelaksanaan GEG

Geg Malaysia 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.