in

[VIDEO] Anggota Polis Wanita Dari Kontinjen Kelantan Disiasat Sebab Buat Video TikTok Ketika Pakai Uniform

Ft Tiktokpolis

Gara-gara membuat video TikTok, seorang anggota polis wanita kini sedang disiasat. Menurut Kosmo, anggota dari Kontinjen Kelantan itu berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video aksi tarian ketika memakai uniform operasi polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata perbuatan anggota wanita tersebut yang kini sudah tular di media sosial menjejaskan imej jabatan serta kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya memandang serius perlakuan seorang anggota polis yang membuat video yang mempamerkan aksi seperti tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform polis.”

Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial.”

Melalui video itu, anggota wanita tersebut dilihat membuat video mengikut lagu ‘Pump It’ nyanyian Black Eyed Peas yang menjadi trending dalam kalangan pengguna TikTok. Dia juga dilihat melakukan aksi tarian itu di tengah jalan ketika melakukan sekatan jalan raya.

Difahamkan siasatan telah dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan dan tindakan tatatertib akan diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Katanya, pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM.

Baca: “Gelap mata” – Terbongkar! Rupanya Polis Dibayar RM1,500 SETIAP KALI Seludup Dadah Masuk Lokap IPD Kota Tinggi

Ft Dadah