in

“Gelap mata” – Terbongkar! Rupanya Polis Dibayar RM1,500 SETIAP KALI Seludup Dadah Masuk Lokap IPD Kota Tinggi

Ft Dadah

Semalam, 9 anggota polis dilaporkan telah ditahan selepas dipercayai menyeludup masuk dadah ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi. Seorang lagi yang ditahan adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang juga anak kepada banduan lelaki orang kenamaan dikenali sebagai Datuk Ajim.

Menurut Kosmo, sindiket dadah didalangi wanita itu menawarkan sejumlah wang kepada 9 anggota polis IPD Kota Tinggi yang sanggup bersekongkol.

Polis3

Difahamkan, tawaran bayaran sehingga RM1,500 setiap kali dadah diseludup masuk lokap menjadi punca mereka gelap mata dan bersetuju untuk ‘buat kerja’ dengan sindiket berkenaan sejak awal November lepas.

Lebih teruk, mereka yang berpangkat koperal hingga konstabel itu dengan beraninya menjadikan salah satu sel lokap di IPD berkenaan sebagai ‘port’ menghisap dadah. Namun semuanya terbongkar apabila ditangkap dalam satu operasi Ahad lepas.

Anggota (polis) yang ditahan itu dipercayai bersekongkol de­ngan wanita terbabit untuk membawa masuk bekalan dadah.”

Anak perempuan Datuk Ajim akan memberi dadah tersebut kepada pengawal lokap sebelum diserahkan kepada bapanya.”

Polis2

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mereka yang ditangkap terdiri daripada lapan polis lelaki, seorang polis wanita dan seorang wanita (anak orang kenamaan).

Katanya, selepas disoal siasat, suspek pertama anggota polis yang ditangkap mendakwa dia dibayar sebanyak RM1,500 dan seorang rakannya pula diberi RM500. Sementara itu, anggota polis wanita itu pula menerima bayaran RM50 setiap kali penghantaran.

Ada sebuah sel di dalam lokap IPD Kota Tinggi ini yang dijadikan port menghisap dadah. Ini adalah tangkapan pertama kes penyeludupan dadah ke dalam lokap.”

Polis1
Salah seorang anggota polis yang ditahan

Difahamkan, salah seorang anggota polis yang positif dadah itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau pada 2017 yang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Baca: Edar Dadah Untuk Banduan Dalam Lokap, 9 Polis Pangkat Koperal & Konstabel IPD Kota Tinggi Ditahan

Ft2

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!