in

[VIDEO] Pakcik Ditinggal Anak? ‘Social Experiment’ Ni Buka Mata Rakyat Malaysia Tentang Realiti Masyarakat

Page Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang rajin tengok drama-drama kat TV, mesti akan ternampak beberapa scene orang tua kena tinggal dengan anak sendiri kan? Ada yang tinggal di stesen bas, ada yang terus hantar ke rumah jagaan orang tua…


Tapi pernah tak korang terbayang yang sebenarnya dalam kehidupan sebenar di negara kita, memang wujud situasi di mana orang tua ditinggal oleh anaknya tanpa tahu diri mereka ditinggalkan.

Situasi sebenar itu dibawa kepada rakyat Malaysia untuk melihat reaksi dan tindakan mereka menerusi satu ‘social experiment’ yang dirakam dan dimuatnaik oleh siaran YouTube Aku Peduli.

 

Dari video itu, seorang pelakon yang membawa watak sebagai pakcik tua bersama beg pakaian meminta bantuan orang awam untuk bacakan surat yang ditinggalkan oleh anaknya. Sepucuk surat itu tertulis:

“Along minta maaf tak dapat jaga ayah lagi”

“Hal macam ni bukan rekaan nyata memang ada kisah benar”

Video penuh dari YouTube yang berdurasi 10 minit itu nyata mendapat pelbagai reaksi netizen apabila beberapa potongan klip turut dikongsikan di TikTok. Malah, setiap klip yang dikongsikan telah mendapat lebih dari 100K tontonan!

Komen Full 7

Tak kurang juga yang menegaskan bahawa situasi tu masih lagi berlaku sehingga ke hari ini namun ramai yang tidak mengambil berat dengan isu tersebut. Turut ada juga yang menyokong hasil perkongsian itu kerana berjaya membuka mata orang ramai tentang realiti yang terjadi ketika ini.

Min punya tangkap leleh ni, habis 2-3 helai tisu haa! Semoga perkongsian social experiment ni buat korang semua makin hargai ibu ayah korang okay?

Baca: “Salah perempuan!” – Kaum Hawa ‘Panas Telinga’ Dengar Jawapan ‘Social Experiment’ Gangguan Seksual Ni

Untitled 2 14

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.