Semalam, tular beberapa video yang menunjukkan dua unit kediaman di tingkat 12 Kondominium Bukit OUG Bandar Bukit Jalil musnah dalam kebakaran.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat serpihan kebakaran daripada bumbung kondominium tersebut jatuh ke bawah dan api kebakaran kelihatan menyala membakar tingkat paling atas bangunan tersebut.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1385239789868228611
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.14 malam, lapor Astro AWANI.
Beberapa pasukan dan jentera dengan kekuatan anggota seramai 45 orang dihantar ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Kanan, Mohamad Hafidz Yaacob berkata, sebaik tiba di lokasi jam 9.23 malam, pemeriksaan mendapati terdapat kebakaran berlaku di dua unit rumah dekat tingkat 12.
Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90 peratus dan rumah kedua terbakar 60 peratus.
“Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan teknik attacking dan offensive fire fighting.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.10 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10.31 malam. Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
https://www.facebook.com/kosmo.online/posts/5422676544472787
Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan susulan insiden berkenaan.
Semoga penduduk kondo berkenaan tabah dengan dugaan yang menimpa.