in

“Semangat yang wajar dicontohi” – [VIDEO] Pelajar Uni Sanggup Panjat Pokok Untuk Jawab Online Exam

Feature 3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belajar di rumah ketika musim PKPP memang memenatkan. Setiap hari kena menghadap laptop sebab kelas pun online. Yang paling mencabar adalah bila kena jawab exam secara online. Bukan semua tempat ada line internet yang laju kan. 


Namun, kesusahan tersebut tidak pernah menjadi halangan untuk pelajar universiti ini untuk jawab soalan peperiksaan walaupun terpaksa panjat pokok. Pelajar Asasi Sains iaitu Veveonah Mosibin nekad untuk berbuat demikian memandangkan susah nak dapat line dekat rumah dia.

Pokok 1 1

Rupanya, dia yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah ada upload video dia jawab peperiksaan di atas pokok di Youtube sebab nak kongsikan pengalaman. Bukan semua orang boleh fokus jawab soalan atau belajar kat atas pokok kan. 

Pada mulanya, dia takde plan pun nak panjat pokok sebab dia dah bina sebuah pondok kat atas bukit untuk tujuan belajar dan exam. Tapi, bila dia sampai kat bukit tu sebelum peperiksaan start, rupanya pondok tu dah rosak sebab hujan.

Pokok 3 1

Pokok 4

Namun, berbekalkan beberapa bungkus makanan, air mineral, alat tulis dan kelambu untuk halang nyamuk, dia berjaya habiskan peperiksaan kat atas pokok. Fuh, bukan biasa-biasa ni. Kalau admin dah nangis sebab gayat.  

Yang paling hebat, dia ada dua exam pada hari itu iaitu subjek Kimia dan Pengajian Malaysia. Bayangkan betapa lamanya Veveonah kena duduk atas pokok. Dia juga hanya pulang ke rumah pada keesokan pagi.

So, dengan hanya bertemankan flashlight dari smartphone, Veveonah buat keputusan untuk ‘berkhemah’ di atas pokok tersebut.

Pokok 2 1

Korang boleh tengok video tersebut kat Youtube.

Betul lah kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semangat macam ni lah yang semua orang perlu ada. 

Baca: “Maaf Dr, saya bawah pokok ni” – Penemuduga Kongsi Pengalaman Temu Duga Online Dalam Norma Baru

Pokok

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.