in

“Bila tenung lama lama baru sedar” – Youtuber ‘Unboxing’ Hadiah Dari Fans, Sekali Ada Yang Hantar Patung Voodoo?

Ft Youtuber Buka Hadiah Fans Dapat Vodoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Youtuber mesti akan ada pengikut dan peminat masing-masing yang tersendiri. Ada yang minat sebab content yang dihasilkan, ada yang minat sebab penampilan dan macam-macam lagi. Tapi siapa sangka, youtuber pun boleh jadi sasaran untuk hantar benda-benda yang tidak elok.


Seperti yang berlaku kepada Youtuber, Asyraf Rozami baru-baru ini dan melalui video yang dikongsikan pemuda tersebut telah menerima hadiah ‘misteri’ dan menakutkan daripada seorang individu bernama ‘Nirma’.

Video tersebut telah dimuat naik di Youtube channel Asyraf dan ketika itu dia dilihat sedang membuka hadiah yang diterima daripada peminat-peminatnya.

 

Dalam pada dia teruja dan gembira dapat macam-macam hadiah, tiba-tiba Asyraf tersentak dan tergamam apabila salah sebuah parcel dibukanya mengandungi patung yang dicucuk dengan beberapa jarum.

Pada mulanya Asyraf sangka parcel itu berisi barangan fesyen jenama High Culture berdasarkan kotak yang diterima. Tapi, kemudian boleh nampak Asyraf tiba-tiba terdiam dan tergamam melihat isi sebenar di dalam kotak berkenaan.

Tonton video penuh di sini:

 

Menurut mStar, Asyraf berkata tujuan dia merakamkan video itu adalah untuk membuat content berkongi hadiah-hadiah daripada peminatnya namun tak sangka boleh dapat patung voodoo pula.

Bagaimanapun, dia berasa bahawa tindakan individu yang menghantar patung tersebut hanya kerana mahu prank dan mengusiknya.

Tergamam saya tengok! Saya pun dah buang anak patung tu depan rumah. Sejujurnya, memang saya tak pernah terfikir untuk terima hadiah macam itu.”

Walaupun hanya anak patung ultraman tapi memang menyeramkan… saya tak boleh tidur malam tu!”

Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya anggap ini prank! Mungkin mereka nak mengusik dan menakut-nakutkan saya.”

Baca: Dikecam Buat Lawak Ajuk Bahasa Isyarat Bisu Di TikTok, 2 Pemuda Mohon Maaf

Tiktokers2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.