in

“Buat masa sekarang aku pilih hujan emas” – Lana Nodin Gembira Duduk AS, Rasa Lebih Bebas Dari M’sia

Lana Nodin Hujan Emas Di Negeri Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita mendengar pepatah yang mengatakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di sendiri. Lebih baik di negeri sendiri kan?


Walau bagaimanapun, pepatah ini nampaknya sudah tidak kena lagi dengan pelakon sensasi Lana Nodin atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nordin, 41, yang mengakui memilih untuk tinggal di negara luar dari duduk di Malaysia.

Menurut Lana menerusi satu posting di Instagram, dia lebih memilih ‘hujan emas di negeri orang’ kerana kini bebas untuk membeli-belah atau ke mana saja tanpa sekatan dan diskriminasi di Amerika Syarikat (AS).

Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi maaf ya, quote anda bagi ini, buat masa sekarang saya lebuh memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli-belah seperti ini. 

“Tiada diskriminasi dan kebebasan hak memilih itu yang penting,” katanya.

 

“Seronoknya kak Lana…” 

Posting di Instagram tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang ada di antaranya berasa jealous dengan kehidupan Lana di sana yang tampak bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Malah ada juga di kalangan pengikut Lana yang meminta haters untuk berhenti meninggalkan komen kritikan dan biarkan Lana menikmati kehidupannya di sana.

Komen Lana

Apa-apapun kita doakan yang terbaik kat Lana di sana bersama keluarganya ye. 

Baca: Lana Nodin ‘Berhijrah’ Ke US Dengan Keluarga, Buat Video Khas Untuk Netizen Yang Hina & Caci Dirinya

Lana Lana

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.