Seiring dengan perkembangan fesyen masa kini, wanita yang berhijab juga sama seperti mereka yang ‘free hair’ sudah bijak bergaya hingga mendapat perhatian ramai.
Boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis fesyen tudung yang digayakan wanita berhijab antaranya fesyen tudung sarung, tudung bawal, shawl dan macam-macam lagilah.
Artikel berkaitan: Pakai Tudung Tapi Nampak Anak Rambut, Guru Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan
Artikel berkaitan: “Kawan semua gelakkan saya” – Ibu Kesal Anak Diejek Kerana Tudung ‘Tajam’, Pesan Jaga Percakapan
“Risau nampak anak rambut”
Pun begitu baru-baru ini, seorang pendakwah, Ustaz Jafri Mahmoodi telah menegur satu trend tudung yang dikatakan viral dipakai oleh para wanita masa kini.
Menurut ustaz berkenaan, dia mula menyedari mengenai trend tudung khimar ikat itu ketika di Tanah Suci Mekah. Namun tudung ini baginya agak tidak sesuai dipakai kerana mendedahkan rambut di bahagian ‘sideburn’.
Saya pun ada tegurlah. Hati-hati tak salah nak pakai tudung yang jenis ikat tu tetapi ikatannya pada tepi boleh membuatkan rambut terkeluar.
“Jadi hati-hati takut nampak aurat-aurat kita,” katanya.
@jafrimahmoodi_off Fesyen tudung terkini tapi kalau tak berhati-hati boleh nampak anak rambut kat sideburn. Nak berfesyen Ok cuma pastikan aurat tertutup sempurna. #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
“Kena pakai anak tudung la dalam tu supaya boleh cover sideburn”
Rata-rata netizen setuju dengan nasihat ustaz berkenaan dan ada yang memberi cadangan supaya mereka yang memakai tudung fesyen itu untuk pakai bersama dengan anak tudung supaya anak rambut si pemakai tidak kelihatan.
Tak salah nak pakai tapi pastikan tak terdedah aurat hingga nampak rambut.
Sumber: TikTok