in

Pakai Tudung Tapi Nampak Anak Rambut, Guru Cukur Rambut 14 Pelajar Perempuan

Guru Cukur Rambut Pelajar
Gambar hiasan

Sebuah sekolah awam di Indonesia mencetuskan kontroversi apabila seorang guru bertindak mencukur sebahagian rambut 14 pelajar perempuan kerana didakwa tidak memakai tudung dengan sempurna.

Kejadian terbabit didedahkan oleh guru besar Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) 1 di bandar Lamongan, Jawa Timur pada Rabu lalu.

Menurut Harto yang merupakan guru besar di sekolah tersebut, susulan kejadian itu, pihak sekolah telah memohon maaf dan menggantung tugas guru berkenaan.

64Ec68543B553

Katanya, pelajar-pelajar terbabit dipercayai tidak memakai anak tudung menyebabkan rambut mereka kelihatan.

Harto turut memaklumkan tiada kewajipan rasmi untuk pelajar perempuan memakai tudung di sekolah, namun mereka digalakkan memakai anak tudung supaya kelihatan lebih kemas.

Katanya lagi, guru berkenaan sering mengingatkan para pelajarnya untuk memakai anak tudung namun mereka enggan menuruti saranan tersebut sehingga menyebabkan guru terbabit berbuat demikian.

Sementara itu, pihak sekolah turut berjanji akan memberikan bantuan psikologi kepada pelajar yang terkesan dengan kejadian terbabit.

“Kami menyedari bahawa kami perlu menyelesaikannya dengan berhati-hati untuk tidak memberi kesan yang berpanjangan kepada pelajar,” ujarnya.

Isu tersebut juga turut mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia yang menggesa agar guru tersebut dilucutkan daripada jawatannya.

Di Indonesia, isu tudung menjadi topik hangat sejak tiga tahun lalu selepas seorang pelajar bukan Islam di Sumatera Barat dipaksa untuk memakai tudung ke sekolah.

Isu itu menyebabkan pemerintah Indonesia mengeluarkan perintah untuk membenarkan pelajar perempuan di sekolah negeri memilih pakaian yang boleh mereka pakai, melarang sekolah daripada menetapkan pakaian agama.

Sumber: The Star

Baca: Sebelum Ini Pernah Tular Dibantu Ebit Lew, Kini Mondy Tampil Dengan Tidak Lagi Bertudung?
F4 Mondy Tatoo Bukak Tudung

Sumber: Kompas