Ustaz Kena Bash Teruk Oleh Netizen Bila Kritik Wanita Islam Ini ‘Thumbs Up’ Depan Babi Panggang Sebab..

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ini Ustaz Dr Fathul Bari ada mengkritik tentang gambar wanita muslim thumbs up dihadapan daging babi panggang melalui laman Twitter miliknya.

Dia menyifatkan perbuatan yang dilakukan oleh 3 orang wanita itu memualkan. Disebabkan itu, dia menerima kecaman teruk daripada netizen.

 

“Walaupun tidak makan babi, sebagai muslim thumbs up sambil senyum gembira di hadapan babi panggang, merupakan sesuatu yang memualkan.”

Sumber : Twitter

 

Gambar yang memperlihatkan 3 orang gadis muslim senyum lebar di hadapan makanan yang haram bagi umat islam ini ternyata mendatangkan rasa kurang senang pada dirinya.

Susulan itu, ramai retizen yang ‘hentam’ dengan tindakan dia memuat naik foto dengan caption tersebut.

Netizen yang marah kerana, Ustaz Fathul tidak menjaga sensitiviti dengan membuka aib tuan empunya badan, tidak bertolerasi sesama kaum lain, dan ada yang mendakwa gambar itu telah disunting.

 

Kecaman Netizen

Hmm tak tahulah pasal kesahihan gambar ini, apa pun mungkin mereka melakukan perkara sedemikian untuk menghormati majlis. Tapi entahlah admin bukanlah pakar, hanya tuan empunya badan sajalah yang tahu.

 

Baca : “Babi je haram…” – Tak Kisah Dikecam, Pasangan Melayu Jual Patung Babi Sempena CNY.

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.