“Babi je haram…” – Tak Kisah Dikecam, Pasangan Melayu Jual Patung Babi Sempena CNY.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai rakyat Malaysia kita mesti berbangga dengan rakyat di negara ini yang berbilang bangsa bahkan boleh hidup aman dan harmoni.

Malah perayaan pun disambut meriah rakyat di negara ini sama ada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Christmas dan banyak lagi.

Kurang seminggu lagi, kaum Cina di negara ini kan akan menyambut Tahun Baru Cina malah umum tahu bahawa tahun 2019 merupakan Tahun Babi dalam Kalendar Cina.

So, macam biasa banyak kedai termasuk di shopping mall mula menjual pakaian atau aksesori yang bertemakan warna merah sebagai lambang CNY yang akan disambut pada 5 dan 6 Februari depan.

Tidak terkecuali pasangan suami isteri berbangsa Melayu, Adam Baderun dan Yuslina Badrum yang turut sama memeriahkan sambutan kali ini.

Namun yang mencuri tumpuan ramai apabila pasangan tersebut menjual Patung Babi menjelang sambutan CNY ni..ooppss camne tu?

Sumber : vitdaily

Yuslina berkata di Sabah tidak menjadi masalah sekiranya mana-mana pasangan Melayu menjual patung babi, malah mereka tidak marah atau terkejut bila melihat dia yang bertudung menjual patung tersebut.

Yuslina yang juga seorang guru sekolah menengah berkata dia tidak faham kenapa haiwan tersebut boleh menimbulkan kekecohan di sesetengah tempat sedangkan di Sabah ada yang memberikan reaksi positif kepada dia dan suami.

“Kalau orang faham agama mereka, mereka tidak akan jadi kecewa dengan perkara-perkara kecil.

“Bagi saya, (menjual patung babi) tidak jadi isu. Babi dan anjing adalah ciptaan Tuhan juga. Selagi kamu pegang ajaran agama, seperti tidak makan babi, kamu okay sahaja,”

Sumber : FMT

Katanya, jual patung babi tak jadi isu langsung kat Sabah sebab rakyat di negeri tu saling hormat-menghormati budaya kaum-kaum lain, malah Yuslina berkata jual barang hiasan tersebut sedikit pun tidak menggoyahkan akidah kerana patung babi itu hanyalah barangan seni..hurmm betul jugak kan.

“Di semenanjung, menyebut babi boleh akibatkan (orang angkat) bendera merah, tapi kita tahu akidah kita. Jual ikon itu tidak akan menggoyang akidah kita. Kita tak makan daging babi. Barang-barang hiasan itu cuma seni.”

“Kita tidak pandang rendah budaya orang lain. Di Sabah, kita tinggal dalam suasana pelbagai kaum dan pelbagai bangsa dan agama dan kita bertolak ansur sesama kita. Kita belajar menghargai kepercayaan masing-masing,”

Manakala suaminya Adam, memaklumkan yang sebelum ini mereka juga pernah menjual barang perhiasan sempena Krismas, termasuk ukiran yang mempunyai ayat-ayat daripada Injil.

“Kami juga terima tempahan barang perhiasan daripada pelanggan. Kami tahu akidah kami dan (menjual barang-barang seperti ini) tidak mengganggu akidah kami. Ia hanya seni,” katanya.

Baca : Sebab kami educated Orang Malaysia Pelik Kenapa Melayu Singapura Kurang Sensitif Isu Babi

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.