in

“Ustaz Adam in real life” – Ke Lorong Untuk Berdakwah, Usaha Ebit Lew Dipuji

ebitlew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tak kenal Ustaz Ebit Lew. Terkenal dengan sikapnya yang berdakwah tanpa prejudis.

Langsung tak kekok berdakwah dengan pelbagai lapisan masyarakat di jalanan tanpa mengira latar belakang, Ustaz Ebit antara pendakwah yang mendapat perhatian ketika ini.


Kerja lorong seawal usia 11 tahun

Terbaru, beliau telah ke sekitar kawasan Bukit Bintang dan lorong lain di Lembah Klang bagi menyampaikan dakwah.

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Ustaz Ebit dilihat mendekati golongan maknyah serta kaum wanita yang terpaksa bekerja di lorong-lorong demi sesuap nasi.

https://www.instagram.com/p/ByLQyGnFZdn

Menerusi caption, dia berkata ada yang terpaksa bekerja di lorong seawal usia 11 tahun demi menyara keluarga.

Malah dia sempat memberitahu langsung tak memeluk wanita, hanya maknyah atau transgender dalam siri dakwahnya di sana.

Ada yang belajar solat, ada anak menuntut di Mesir

Katanya lagi, kumpulan itu dakwa tak pernah ada orang datang memberi nasihat kepada mereka.

Malah usaha Ustaz Ebit Lew itu disambut baik apabila mereka membawa dia berjumpa golongan pondan dan wanita yang bekerja di lorong itu.

ebit lew 3
Sumber: Instagram

Tambahnya ada juga yang sedang belajar solat.

Tak kurang juga yang mempunyai anak-anak yang sedang menuntut di Mesir tapi langsung tak tahu mak bekerja di lorong, bagi mencari rezeki. Sedih!

“Wujud rupanya Ustaz Adam di dunia realiti”

Usaha Ustaz Ebit juga dipuji netizen yang melihat beliau sering menggunakan pendekatan lebih lembut dan positif dalam mendekati golongan yang susah mahupun terpesong.

Iyelah, bukan semua orang suka berada dalam situasi itu. Kita pun kadang-kadang tak tahu cerita mereka.

ebit lew 4
Sumber: Instagram
ebit lew 5
Sumber: Instagram
ebit lew 6
Sumber: Instagram

Semoga usaha Ustaz Ebit Lew ini membuka mata masyarakat di luar sana, dakwah lembut tanpa prejudis juga boleh dilakukan bagi mendekatkan manusia kepada Islam.

Mudah-mudahan lebih ramai orang yang tiru usaha Ustaz ini, Insya-Allah.

Baca: “Ustaz berdosa sangat kat kau ceramah sana sini, makan sedap tapi kau..” – Kisah Ebit Lew Dengan Gelandangan Buat Ramai Tersentuh

FEATURED 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.