Semenjak dua menjak ini, hangat diperkatakan mengenai ura-ura keretakan rumah tangga pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Pun begitu, menurut laporan Utusan Malaysia, Uqasha Senrose didakwa sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 1 Oktober lalu.
Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama hari ini.
Menurut sumber Utusan Malaysia, rumah tangga pasangan itu dikatakan sudah pun bergolak sejak April lalu namun bukan disebabkan oleh pihak ketiga.
Artikel berkaitan: “Tetap setia walaupun terluka” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung
Mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.
Terdahulu, beberapa hantaran berupa luahan hati pelakon wanita berkenaan tular di media sosial yang mana mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengaitkan ia dengan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi pasangan pelakon berkenaan.
Namun Uqasha yang ditemui media ketika program MeleTOP malam tadi memilih untuk berdiam diri mengenai isu ini dengan memberi alasan bahawa dia tidak mempunyai suara.
View this post on Instagram
Sebagai info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Haura Uqaira.
Sumber: Utusan Malaysia