Sering kali kita dengar kes gangguan seksual dalam pengangkutan awam. Selalunya, kes begini berlaku terhadap golongan wanita namun lain pula kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Seorang pemuda di laman X, mendakwa telah diganggu seorang lelaki warga emas ketika dia sedang menaiki pengangkutan awam.
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, pemuda terbabit berkongsi detik menyeramkan buat dirinya ketika sedang berada di dalam LRT.
Artikel berkaitan: “Dah kahwin ada anak” – Lelaki Dedah Pakcik Curi Ambil Gambar GF Di MRT, Terkejut ‘Check’ Telefon Rupanya…
Mangsa yang merakam sendiri kejadian itu mendakwa ia berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari stesen LRT Masjid Jamek ke LRT Sentul.
Dalam video terbabit, lelaki warga emas yang duduk dihadapannya secara tiba-tiba menunjukkan pelbagai isyarat tidak senonoh.
Bukan itu saja, pemuda turut mendakwa, lelaki warga emas itu mengajaknya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh di luar stesen.
Susulan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Sabah menasihati orang ramai, terutama golongan wanita untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan pengangkutan awam secara bersendirian.
Perkongsian pemuda terbabit telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak senonoh warga emas terbabit dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera dalam menangani kejadian itu.
Meninjau ke ruangan komen, pihak Rapid KL tampil memberikan maklum balas meminta mangsa untuk memberi laporan kepada mereka.
Risaunya… macam-macam kes berlaku dalam pengangkutan awam sekarang ni!
Sumber: X