Seorang remaja dikejarkan ke hospital setelah kemaluannya digigit ular ketika sedang duduk di mangkuk tandas.
Menerusi Mirror Online, insiden tersebut terjadi di Nonthaburi, Thailand. Ketika kejadian, remaja 18 tahun yang dikenali sebagai Siraphop Masukarat menceritakan bahawa dia ketika itu ingin menggunakan tandas pada waktu malam, tiba-tiba terasa sakit di bahagian kemaluannya.
Kemudian, dia menunduk dan melihat seekor ular sawa dengan rahangnya menempel di ujung zakarnya.
Dia cepat-cepat melepaskan ulur yang menggigitnya itu dan terus keluar ketakutan dalam keadaan separuh bogel dan darah menitik-nitik..
Ibunya terus bawanya ke hospital untuk merawat gigitan ular itu. Siraphop menerima 3 jahitan di bahagian hujung zakarnya dan mangubati bekas gigitan itu dengan pencuci antibiotik untuk membunuh bakteria dari taring ular tersebut.
Itu hanya ular kecil tapi gigitannya sangat kuat. Saya berharap zakar saya boleh pulih,” kata Siraphop.
Selepas itu, petugas yang terlibat terus kerumahnya dan mula mencari ular yang masih melingkar dalam tandasnya.
Mereka menggunakan peralatan menangkap ular untuk menjerat haiwan itu yang panjangnya sekitar 4 kaki sebelum dilepaskan kedalam hutan.
Sutapath, ibu Siraphop mengatakan dia masih terkejut dengan kejadian itu dan masih tak faham bagaimana ular itu masuk ke rumahnya.
Difahamkan, ular tersebut masuk melalui saluran pembuangan yang terhubung ke mangkuk tandas. Namun begitu Sutapath lega kerana itu bukan ulat yang berbisa.
“Saya tahu ular itu benar-benar menyakiti anak saya, tetapi saya lega itu hanya ular phyton yang tidak berbisa. Jika itu seekor ular kobra, anak saya akan mati,” katanya.
Baca : “Panjang 4 kaki!” – Wanita Mengadu Rasa Tak Sedap Badan, Bila Doktor Check Rupanya Ada Ular