in

“Panjang 4 kaki!” – Wanita Mengadu Rasa Tak Sedap Badan, Bila Doktor Check Rupanya Ada Ular

Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau rasa tak sedap badan yang berpanjangan mesti kita akan berjumpa dengan doktor kan? Jika bernasib baik kita hanya akan mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor.



Tetapi, sesuatu yang aneh berlaku keatas seorang wanita dari Rusia ini. Pada awalnya dia mengadu rasa tak sedap badan sebelum kemudiannya pergi mendapatkan rawatan kesihatan.

Namun mengejutkan bila doktor mendapati terdapat seekor ular di dalam badannya.

B2

 

Sebuah video rakaman awam yang dikongsi oleh The Sun menunjukkan sekumpulan doktor cuba untuk mengeluarkan ular tersebut daripada kerongkong wanita tersebut.

Doktor tersebut menggunakan tiub hitam semasa pembedahan dan terkejut melihat terdapat ular yang berukuran sepanjang 1.2 meter sebelum dikeluarkan dan terus dimasukkan ke dalam baldi.

B B1

Rupa-rupanya, menurut sumber, wanita tersebut tidur di laman rumahnya di Levashi, Dagestan, Rusia dan dipercayai ular itu telah memasuki tubuh semasa kejadian tersebut.

Penduduk tempatan mengatakan kejadian seperti itu jarang berlaku.

Warga tua juga sering menasihati golongan muda untuk tidak tidur di luar kerana risiko ular menyelinap masuk ke dalam mulut mereka.

Sehingga kini, kes ini masih disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan di Dagestan. Segala makluman tentang keadaan pesakit, jenis ular dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan, lapor, The Sun.

 

Lepas ni kalau korang berkelah tepi sungai ke jangan tidur lena sangat. Pastikan keadaan sekeliling selamat dulu.

 

Baca: Ngeri! Remaja Ini Masih Survive Walaupun Muka Ditembusi Dengan Pisau 10 Inci

B3

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.