Kes mengenai Lan Pet Pet dengan Pak Ya dah lama selesai, dan mereka berdua sudah pun berdamai. Lan Pet Pet siap nak taja Pak Ya pergi umrah. Alhamdulillah.
Terbaru, Malaysiakini melaporkan kekesalannya terhadap tindakan Lan Pet Pet sewaktu dia ditahan di dalam lokap. Pendamaian mereka berdua ini sekaligus telah membatalkan saman Pak Ya kepada pelakon dan pelawak itu.
Tapi ada pula isu baru timbul, netizen mula jelak melihat gelagat Lan. Apa pula dia buat kali ni?
Beriya lah semua gambar nak cium – Netizen
Kalau korang perasan, sejak mereka berdua bersua muka, akan muncul gambar peluk cium Lan Pet Pet dengan Pak Ya. Pada mulanya, netizen begitu gembira melihat mereka berdua sudah berdamai kerana isu sebegitu tidak dipanjangkan lagi.
Namun gaya Lan Pet Pet mencium pipi Pak Ya yang terkini telah mengundang rasa jelak netizen di media sosial. Sampai ada yang jadikan bahan nak troll.
Sudah-sudah lah tu cium pakcik tu – Netizen
Ada juga yang mendakwa ia hanyalah lakonan semata-mata.
Hipokrit
Tapi ramai juga netizen yang menyebelahi mereka, katanya itu adalah sunnah nabi, dan menghentam netizen lain yang downgradekan segala tindak tanduk orang.
Haih, pukul salah, cium salah, bagi admin ok je, bukannya cium bernafsu pun, ciuman kasih sayang tu kan.