in

“Tutup kilang now” – JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Netizen Mula Persoal Menteri

Kluster Kilang Penyumbang Terbesar Covid 19 Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengadakan satu sidang media khas mengenai situasi semasa COVID 19 di negara kita.


Menerusi sidang media tersebut, antara perkara penting yang diutarakan ialah berkenaan penyebaran wabak COVID 19 yang semakian pantas di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, peningkatan kes COVID 19 ketika ini adalah berpunca daripada penularan varian Delta yang telah menjadi dominan di Lembah Klang.

Malah kadar kebolehjangkitan varian ini juga berbeza dan mengambil masa untuk ia landai semula.

 

Sektor kilang penyumbang terbesar kluster di Selangor 

Namun antara isu penting yang menarik perhatian ramai dijelaskan dalam sidang media tersebut ialah mengenai sektor perkilangan yang dikatakan menjadi punca terbesar penyebaran wabak COVID 19 di negeri Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor), sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kluster di Selangor dan tiada satu pun kluster di negeri itu berpunca daripada sambutan perayaan.

E8Fh6Xnuyacjajv

Susulan itu, KKM katanya akan menambah 3,000 silinder oksigen di Selangor dan sehingga 4 Ogos ini juga menurutnya, sudah 98% penduduk di Selangor menerima dos pertama vaksin COVID 19. Manakala 43.4% penduduk lagi sudah terima dos kedua vaksin tersebut.

 

“Dah tahu penyumbang terbesar… tutup lah” 

Rata-rata netizen yang mengikut sesi live tersebut sudah lama mengagak kilang menjadi punca kenaikan kes dan meminta penjelasan menteri yang terlibat berkaitan isu itu.

Malah ramai juga yang meminta supaya kementerian terlibat menutup sektor perkilangan sehingga kes menurun ke angka yang lebih rendah supaya wabak COVID 19 ini tidak terus merebak kepada mereka yang berisiko tinggi.

Netizen Minta Tutup Kilang Komen 1

Apa-apapun diharapkan pihak yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya demi mengekang penularan wabak COVID 19 ke angka yang lebih tinggi. Semoga negara kita bebas COVID 19! 

Baca: “Jangan cabar kerajaan” – DS Ismail Sabri Beri Amaran Kepada Kilang & Premis Perniagaan Yang Degil Langgar SOP

Ismail Sabri

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.