Penafian: Artikel ini mengandungi imej sensitif yang mungkin mengganggu segelintir pihak, kebijaksaan pembaca amat diperlukan.
Tular sebuah foto di media sosial yang memperlihatkan seekor kucing tergantung di belakang kenderaan dan dikatakan terseret atas jalan raya itu telah mengundang kemarahan orang ramai.
Susulan tularnya foto tersebut, ada warganet yang ‘menggali’ maklumat terperinci mengenai pemilik kenderaan itu dan menemui siapa pemiliknya.
Artikel berkaitan : ‘Kantoi’ Dera Haiwan, Lelaki Guna Nama Zahid Hamidi Kena Serang Dengan Nurul Zahid
Artikel berkaitan : Tular Didera Teruk Oleh Tuan Sendiri, Anjing Husky Telah Berjaya Diselamatkan
Terpanggil dengan isu tersebut, pemilik kenderaan yang dikenali Daniel Khoo itu tampil berikan respon berkaitan hal itu. Biarpun dia mengakui bahawa dia ialah pemilik kenderaan itu, dia menegaskan bahawa pada waktu kejadian kenderaan tersebut dipandu oleh kawannya.
Daniel Khoo juga meminta agar orang ramai berhenti memberikan tuduhan yang tidak berasas dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Dalam pada itu, Daniel Khoo turut melampirkan laporan polis daripada rakannya yang sedang membawa kereta itu dan sekaligus ia menceritakan kejadian sebenar yang berlaku.
Menurut rakannya, pada ketika itu dia dalam perjalanan membawa kucing tersebut ke klinik haiwan namun kucing tersebut dikatakan telah melompat dari kereta dan dia tidak perasan yang kucing tersebut dalam keadaan tergantung seperti dalam gambar tular itu.
“Saya telah masukkan kucing ke dalam kenderaan milik rakan untuk dibawa ke klinik. Setiba di klinik, saya terkejut kerana kucing tersebut telah melompat keluar dan tergantung. Saya terus buka tali dan selamatkan kucing tersebut.”
Jelas individu tersebut, kucing itu kini dalam keadaan selamat bahkan, dia turut menegaskan bahawa tujuan dia membuat laporan polis adalah untuk menegaskan bahawa dirinya tidak mendera haiwan malang itu.