in

Tular Surat Akujanji Sokong Zahid Jadi PM, BN Perjelas Ia Palsu

Akujanji Sokong Zahid Hamidi Jadi Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara nama-nama calon Perdana Menteri yang sering menjadi sebutan ramai bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, ada juga yang mengatakan individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai peluang besar untuk menjadi Perdana Menteri baharu Malaysia.


51666364904 Tbmashuppolitic

Surat akujanji sokong Zahid Hamidi jadi PM tular? 

Walau bagaimanapun, sejak dari semalam tular posting di Twitter memaparkan surat akujanji yang didakwa perlu ditandatangani calon UMNO dan BN yang bertanding pada PRU15.

Menurut Berita Harian, akujanji itu antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Ia turut menyatakan ikrar untuk menyokong sebarang tindakan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN dalam sebarang perancangan dengan parti atau pakatan politik lain, jika UMNO dan BN gagal membentuk kerajaan sendiri selepas PRU15.

BN nafi wujud akujanji

Susulan dokumen akujanji yang tular itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menafikan kewujudan dokumen tersebut dan menegaskan penyebaran surat palsu itu adalah usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, ia adalah perkara jelas sebagai perancangan untuk memburukkan UMNO dan BN ketika musim PRU.

Disahkan bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan.

“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat akujanji palsu ini tidak terpengaruh dengannya.

Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya di Facebook peribadi.

https://www.facebook.com/DatoDrShamsulAnuar/posts/pfbid02W2Wrf93KfxK2TcDoVTykJacsVV8iJLaLNp1rKtXVtNxoMabMMmZ4Y83XnkGTnnAfl

Dokumen yang ditandatangani oleh Shamsul Anuar, yang dicalonkan bagi kerusi BN Parlimen Lenggong itu juga dilihat ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan yang bertarikh 30 Oktober 2022.

Terjawab sudah persoalan netizen di media sosial… 

Baca: “Semoga kutukan bertukar jadi pahala” – PRU15: Ustaz Kazim Tarik Diri Bertanding Parlimen Larut

Ustaz Kazim Tarik Diri 3

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.