Semalam kecoh di media sosial dengan berita penamaan calon dari setiap parti untuk Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). Rakyat mestilah nak tahu siapa yang akan menjadi calon suara mereka kan?
Namun, yang meraih perhatian warganet adalah apabila penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias mengumumkan dirinya akan bertanding di Parlimen Larut bersama parti Barisan Nasional (BN).
Katanya, pemilihan tokoh agama yang juga pelakon itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak serta dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapor Harian Metro.
Difahamkan, UMNO sudah pun memuktamadkan senarai penuh calon PRU-15 dan mereka sudah pun dihubungi untuk hadir bersama-sama di Pusat Dagangan Dunia, semalam.
Bagaimanapun, hari ini Ustaz Kazim dikatakan telah menarik diri daripada bertanding mewakili BN pada PRU15 di Parlimen Larut.
Datuk Mohd Kazim dikatakan telah memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini, lapor Awani.
Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi BN Perak, mengesahkan perkara itu ketika mengumukan calon-calon BN hari ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa Ustaz Kazim akan digantikan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.
Namun, punca sebenar penarikan diri Ustaz Kazim Elias masih tidak diketahui.
Menurut Awani, ia berkaitan dengan pencalonan abangnya, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, mewakili Perikatan Nasional (PN).
Menerusi akaun laman sosial Facebook, Ustaz Kazim Elias ada mengatakan bahawa dia berterima kasih dan semoga cercaan hinaan bertukar menjadi pahala.
Baca : Tutup Muka Pakai Kain & Topi Ketika Ceramah, Netizen Simpati Lihat Keadaan Ustaz Kazim