in

Tular Isu Mengandungkan Perempuan, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan

Ft Aniq Haziq Nak Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, timbul satu khabar angin berkenaan dengan seorang artis lelaki bermuka jambu yang hamilkan seorang wanita. Malah, dakwaan mengatakan bahawa pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab.


Terpanggil dengan isu tersebut, tuan empunya badan iaitu Aniq Suhair tampil bersuara menerusi Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan :  “Dia mengandungkan saya” – Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?

Artikel Berkaitan : Anak Pelakon Terkenal Sepanyol Didakwa Bunuh Teman Lelaki Sebab ‘Seks’ Wang’, Ini Kronologinya….

Screenshot 2023 10 19 173348

Jelasnya dakwaan yang dilemparkan itu adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasinya dan nama baiknya.

Malah, pelakon itu juga sudah mengarahkan peguam untuk ambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baiknya serta keluarga termasuklah memulakan tindakan saman.

Walau bagaimanapun, berkenaan dengan isu tersebut, Aniq memilih untuk berdiam diri atas nasihat peguamnya. Dia juga tidak mahu menjejaskan sebarang proses undang-undang. Katanya lagi, dia juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.