in

Anak Pelakon Terkenal Sepanyol Didakwa Bunuh Teman Lelaki Sebab ‘Seks & Wang’, Ini Kronologinya…

Collage 12

Sejak akhir-akhir ni macam makin sering pula kita dengar cerita pembunuhan yang melibatkan pasangan, sama ada di Malaysia mahu pun di negara luar.

Macam baru-baru ini, seorang anak lelaki pelakon Sepanyol terkenal telah ditahan di Thailand selepas dia dituduh membunuh teman lelakinya semasa bercuti di pulau tersebut.

Daniel Sancho Bronchalo

C1 2624870

Daniel Sancho Bronchalo, 29, merupakan cef YouTube dengan ribuan pengikut serta anak kepada dua pelakon filem terkenal di Sepanyol. Dia merupakan anak kepada Rodolfo Sancho Auguirre dan Silvia Bronchalo manakala atuknya yang juga seorang pelakon Félix Ángel Sancho Gracia merupakan legenda dalam industri hiburan di sana.

Pembunuhan Edwin Arrieta Arteaga

Skynews Daniel Sancho Bronchalo 6244327

Hujung minggu lalu, Daniel telah didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat dan cuba membunyikan mayat bagi menutupi kematian teman lelakinya yang juga merupakan seorang doktor bedah, Edwin Arrieta Arteaga, 44.

Edwin dipercayai telah tiba di Pha Ngan pada 2 Ogos dan dibunuh pada hari yang sama. Daniel mengatakan bahawa dia telah menumbuk muka kekasihnya itu sebelum menghentak kepalanya di sinki dapur sehingga Edwin meninggal dunia.

Daniel kemudiannya telah menggunakan kemahiran kulinarinya untuk menetak mayat Edwin menggunakan pisau yang dibelinya namun tak ada perancangan tentang cara untuk membuang mayatnya menyebabkan dia telah membeli kayak pada tengah malam untuk membuang sebahagian mayat di laut dan sebahagian lagi di tempat pembuangan sampah.

Ekoran insiden ini, keluarga Sancho telah mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu meminta agar orang ramai “memberikan ruang untuk Daniel dan keluarga ini pada saat-saat yang sangat mengelirukan ini”.

Daniel beli pisau dan peralatan pembersihan

Cdchp3P4Dfjfxanxze36Jx3Zyq Scaled

Beberapa laporan mengatakan, Daniel dan teman lelakinya Edwin ini telah pergi bercuti ke pulau Koh Phangan di Thailand sempena parti bulan penuh. Malah, rakaman CCTV di sana menunjukkan pasangan ini dilihat menunggang motosikal bersama-sama di pulau tersebut beberapa hari sebelum pembunuhan.

Pada hari Khamis, 3 Ogos lalu, Daniel telah pergi ke balai polis Koh Phangan bagi melaporkan kehilangan teman lelakinya selepas seorang pengutip sampah telah menemui bahagian pinggul dan paha manusia di tempat pelupusan sampah di Koh Phangan.

Selepas mengesahkan bahagian mayat yang ditemui melalui analisis DNA adalah milik Edwin, pihak berkuasa telah menyoal Daniel sebelum mengaku membunuh teman lelakinya itu sebelum membawa polis ke tujuh kawasan termasuk ke pantai di mana dia telah membuang beg plastik yang mengandungi bahagian mayat Edwin.

Pihak berkuasa di sana mendedahkan, Daniel telah mengaku membunuh selepas penyiasat menunjukkan bukti-bukti kukuh menunjukkan bahawa dia adalah pembunuhnya. Antaranya, sebelum Edwin ditemui mati, Daniel telah membeli beberapa peralatan pada 1 Ogos yang akan digunakan dalam jenayahnya itu termasuk pisau, sarung tangan getah dan peralatan pembersihan.

Pada malam hari yang sama, Daniel dikatakan telah menemui dua wanita yang bekerja di kedai sewa kayak untuk menyewa bot dan memberikan US$1,000 kepada mereka bagi meyakinkan mereka untuk menjual bot selepas mereka memberi amaran tentang membawa bot pada waktu malam.

Daniel mendakwa tak tahan dikawal Edwin

Edwin Arteaga El Medico Al Que Habria Asesinado El Hijo De Rodolfo Sancho 1C21.Jpg

Walaupun motif pembunuhan masih belum jelas, satu laporan dari agensi berita Sepanyol mengatakan bahawa Daniel telah dikawal oleh teman lelakinya itu yang dikatakan obses dengannya.

Menurutnya, doktor bedah tersebut telah menjadikan dia sebagai orang tebusan. Mereka yang telah bersama selama setahun telah terlibat dalam pertengkaran tentang seks dan wang.

Saya bersalah, tapi saya dibuat seperti orang tebusan Edwin. Dia telah mengurung saya dalam sangkar kaca.”

Dipercayai, mayat Edwin telah ditetak kepada 14 bahagian sebelum Daniel mengambil kayak untuk membuang tangan dan kepalanya. Setakat ini, hanya sebanyak tujuh bahagian Edwin telah ditemui dengan ujian DNA mengesahkan bahawa ia milik Edwin.

Daniel kini ditahan di penjara pulau Koh Samui sementara pihak polis telah meneruskan siasatan mereka untuk mencari bahagian-bahagian Edwin yang lain. Manakala, Kedutaan Sepanyol di Bangkok pula turut memberikan bantuan kepada Daniel, keluarganya dan pihak berkuasa tempatan.

Di Thailand, jika Daniel didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman mati atas kesalahan membunuh.

Sumber: Mirror, Daily Mail, New York Post, SK Pop

 

Baca: Ini Kronologi Kes Mayat Ahli Perniagaan Jerman Yang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Di Thailand

Collage 14 758X399 1